Perkhidmatan imunisasi turut diberikan kepada semua kanak-kanak, termasuk yang tiada dokumen, di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kanak-kanak yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai warganegara akan dikenakan bayaran perkhidmatan imunisasi.
Berdasarkan Pelaksanaan Caj Fi Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak di bawah Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014, caj bayaran yang dikenakan kepada kanak-kanak yang tiada dokumen adalah sebanyak RM40 untuk pendaftaran, perundingan dan ubatan (untuk lima hari) dan tambahan RM40 untuk imunisasi.
"Perkhidmatan vaksinasi ini disediakan di semua fasiliti kesihatan KKM kecuali di KlinikKomuniti," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, pada Khamis, lapor Bernama.
Beliau menjawab pertanyaan Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang meminta kementerian menjelaskan prosedur untuk memastikan kanak-kanak yang lahir di Malaysia tetapi tidak memiliki dokumen lengkap seperti surat beranak diberikan vaksin.
Menurut beliau, fi perkhidmatan tidak terpakai sekiranya anggota kesihatan menjalankan aktiviti outreach di lokasi tahanan imigresen atau aktiviti mengawal wabak penyakit.
"Dalam memastikan semua kanak-kanak diberi vaksinasi, aktiviti outreach dijalankan oleh pihakKKM secara meluas terutamanya dalam kawalan wabak. Antara aktiviti kawalan ini ialahpencarian kes yang bergejala serta pencarian kanak-kanak yang cicir imunisasi.
"Di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit juga, dalam keadaan berlakunya wabak penyakit yang boleh dicegah dengan imunisasi, imunisasi diberikan kepada semua kanak-kanak yang layak secara percuma," katanya, menambah golongan anak-anak ekspatriat yang datang ke klinik dikenakan caj RM40.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kementerian turut mengalu-alukan semua pihak termasuk badan antarabangsa dan organisasi korporat yang mahu membantu kerajaan dari segi sokongan dana dalam meluaskan liputan imunisasi.
"Memang kami tidak dapat lakukan (imunisasi) untuk semua kerana kekangan kewangan. Tapi saya yakin ketika kewangan mengizinkan, kita akan dapat perluas kepada semua, kalau lihat kanak-kanak tiada dokumen, pendatang asing tanpa izin dan pelarian, kesemua ini pada saya potensi besar untuk cetuskan wabak.
"Saya pandang serius perkara ini, kalau terkena 12 penyakit yang kita imunisasikan, kos rawatannya jauh lebih besar, contohnya satu suntikan untuk difteria sahaja kira-kira RM500, bayangkan kalau ia (wabak) berlaku akan menyebabkan kewangan kerajaan meningkat, kita perlu fikirkan kepentingan masa panjang dengan memberikan imunisasi agar kos menangani itu dikurangkan," katanya.
Astro Awani
Thu Dec 06 2018
Perkhidmatan imunisasi turut diberikan kepada semua kanak-kanak, termasuk yang tiada dokumen, di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. -Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Kanak-kanak tanpa dokumen turut diberi imunisasi - Dr Dzulkefly
Kanak-kanak yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai warganegara akan dikenakan bayaran perkhidmatan imunisasi.