Tersepit kaki dalam jeriji di tepi jalan, bukan hanya menanggung sakit, tetapi juga malu.

Itu lah yang mungkin terpaksa ditanggung seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun selama beberapa minit, ketika kakinya termasuk dan tersepit dalam jeriji.

Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, menerima panggilan jam 9.58 pagi, bergegas ke Sekolah Kebangsaan Rawang dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh 10 minit selepas tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bertujuan mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

Sehubungan itu, bomba menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dan menutup jeriji, terutama di tempat awam.