'Kantoi' dengan rokok seludup, lelaki nekad terjun laut

'Kantoi' dengan rokok seludup, lelaki nekad terjun laut
Kesemua rokok-rokok tersebut beserta enjin sangkut Yamaha 40 kuasa kuda, botl aju dan peralatannya dirampas dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya. - Foto Astro AWANI
LAHAD DATU: Seorang lelaki bertindak terjun ke laut apabilah bot laju yang dikendalikannya didekati Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu di kawasan pesisiran pantai kampung Kenali, Felda Sahabat 16 di Lahad Datu malam Jumaat.

Bertindak atas maklumat, sepasukan Polis Marin Lahad Datu yang sedang menjalankan tugas Ops Landai pada pukul 10 malam mendapati sebuah bot laju yang dikendalikan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataannya berkata, ketika pasukan polis mendekati dan memperkenalkan diri, lelaki itu bertindak terjun ke laut dan meloloskan diri ke kawasan semak yang berdekatan.

Ops Landai

"Pemeriksaan awal ke atas bot laju itu mendapati membawa muatan rokok putih yang disembunyikan dalam beberapa beg plastik hitam dalam ruangan bot laju tersebut. Kesemua rokok-rokok tersebut belum dibayar cukai," katanya.

"Usaha juga dilakukan pihak polis bagi mengesan lelaki yang juga adalah juragan bot laju tersebut," tambahnya.

Kesemua rokok-rokok tersebut beserta enjin sangkut Yamaha 40 kuasa kuda, botl aju dan peralatannya dirampas dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Nilai kesemua barang rampasan itu dianggarkan RM55.200.00 dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja cawangan Lahad Datu untuk sisatan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1997.