Sebuah kapal tangki dari Singapura, yang ditahan di barat Pulau Gaya semalam, dibebaskan hari ini selepas didapati bersauh kerana kecemasan di perairan negara.

Agensi Penguatkuasaan Maritm Malaysia (APMM) di sini berkata kapal tangki dengan 20 anak kapal itu, yang ditahan APMM kira-kira 5.20 petang, dibenarkan bergerak selepas siasatan APMM mendapati ia mengalami kerosakan.

"Siasatan APMM mendapati kapal itu mengalami kerosakan injin dan ada unsur kecemasan yang membolehkannya bersauh,"katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya ada peruntukan undang-undang, yang membolehkan kapal laut menghadapi masalah kecemasan seperti kerosakan injin, untuk bersauh di peraiaran negara walaupun belum mendapat kebenaran Jabatan Laut untuk berbuat demikian. --BERNAMA