Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) optimis untuk mencapai sasaran kutipan tambahan RM1 bilion bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T. Subromaniam.
Beliau berkata jangkaan itu sekali gus mampu memenuhi sasaran kutipan GST iaitu sebanyak RM42 bilion pada tahun ini sepertimana yang ditetapkan menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan berkenaan.
"Sepanjang tahun lepas, Kastam telah berjaya mengutip kira-kira RM41 bilion dan kita yakin tahun ini, kita akan dapat mengatasi kutipan tersebut.
"...dan bagi merealisasikan pencapaian itu, Kastam akan mengambil pendekatan dengan menempatkan pegawai-pegawai (Kastam) yang bertindak sebagai duta atau wakil GST di persatuan dan dewan perniagaan seluruh negara bermula 15 Okt sehingga 31 Dis depan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia kali ke-82 di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST) Datuk Paddy Abd Halim dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan ) Datuk Zulkifli Yahya.
Jelas Subromaniam, langkah itu dibuat bagi membantu peniaga atau pemilik syarikat yang menghadapi masalah berkaitan GST terutamanya dalam membuat pengikraran yang betul pada penyata GST-03.
"Langkah ini diambil berdasarkan kepada dasar baharu Kastam iaitu pematuhan melalui pendidikan di mana pegawai ini akan membantu peniaga dalam urusan GST.
"Untuk permulaan kita akan menempatkan pegawai ini di sekitar kawasan Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat mengikut kepada keperluan serta permintaan persatuan dan dewan perniagaan ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan peniaga dan pemilik syarikat supaya memanfaatkan peluang yang diberikan pihaknya sebelum sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka yang gagal membuat pengikraran penyata GST masing-masing bermula 1 Jan tahun depan.
Sebelum ini, menurut Subromaniam, peniaga yang gagal membayar GST dengan betul hanya dikenakan penalti mengikut budi bicara jabatan itu.
"Namun, bermula tahun hadapan selain perlu membayar cukai dan penalti, kita turut membuat audit dan siasatan menyeluruh terhadap mereka mengikut peruntukan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017
Sepanjang tahun lepas, Kastam telah berjaya mengutip kira-kira RM41 bilion. - Gambar fail
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
Peningkatan e-dagang boleh jejaskan prestasi pasaran runcit
Kemerosotan jualan dalam kalangan outlet runcit serta peningkatan jumlah platform e-dagang boleh menjadi faktor yang menjejaskan prestasi pasaran runcit.
Kastam optimis capai kutipan GST RM42 bilion tahun ini
Kastam optimis untuk mencapai sasaran kutipan tambahan RM1 bilion bagi GST dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.
Pelaksanaan GST mampu perkukuh ekonomi negara - Agong
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yakin pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan, akan membantu memperkukuh kewangan negara.