Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup sembilan juta batang rokok putih bernilai RM720,000 dengan cukai berjumlah RM5.7 juta di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai penguatkuasaan Zon Tengah Unit II (Selangor) membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena 40 kaki persegi yang diikrar sebagai 'alas kaki, tuala mandi' pada pukul 12.30 tengah hari di pelabuhan itu
"Hasil pemeriksaan menemui sejumlah rokok putih yang disembunyikan di sebalik guni-guni berisi dagangan yang diikrar bagi mengaburi mata pihak JKDM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkurnain berkata modus operandi pengimport atau ejen adalah dengan meletakkan guni-guni besar berisi alas kaki di bahagian hadapan kontena supaya kotak-kotak berisi rokok putih yang diletakkan di bahagian belakang tidak dapat dikesan pihak berkuasa.
Zulkurnain berkata pengimport dan ejen perkapalan yang terlibat dalam cubaan menyeludup itu sedang disiasat.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksesais 1976, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Sepasukan pegawai penguatkuasaan membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena 40 kaki persegi yang diikrar sebagai 'alas kaki, tuala mandi' pada pukul 12.30 tengah hari di pelabuhan itu. - Gambar fail/Bernama
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kastam rampas lebih 22 juta rokok disembunyikan dalam kotak mainan
Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
PM terkesan dengan kes rasuah Kastam di KLIA
Katanya, kecurangan masalah rasuah, biarpun membabitkan jabatan kecil di JKDM, masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Kastam rampas rokok bernilai RM4.35 juta
Jabatan Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur.
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang di Klang.
Kastam Pulau Pinang rampas arak bernilai RM6.16 juta termasuk cukai
Jabatan Kastam Pulau Pinang merampas 361,236 tin minuman keras pelbagai jenis bernilai RM6.16 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang, Selangor.
Kastam gagalkan cubaan seludup keluar wang tunai RM170,000 di KLIA
Jabatan Kastam menggagalkan cubaan menyeludup keluar wang tunai berjumlah RM170,000 oleh seorang penumpang warga China di KLIA.
Kastam kutip hasil RM55.1 bilion tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencapai kutipan hasil sebanyak RM55.1 bilion bagi tahun 2023.
SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi
Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah.