KUALA LUMPUR:Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan, Sabah ditutup esok dan lusa bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Bagi sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-- BERNAMA