Operasi kaunter pasport Jabatan Imigresen yang beroperasi hujung minggu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan ditutup selama dua hari bermula esok hingga Ahad ini.

Penutupan itu adalah bagi melakukan kerja-kerja penambahbaikan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) iaitu aktiviti migrasi WebSphere Application Server (WAS) Revamp, menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Semua kaunter Jabatan Imigresen di tiga negeri berkenaan akan beroperasi seperti biasa pada Isnin ini.

-- BERNAMA