Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang memilih jalan mudah merentasi sempadan negara.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Sri Khazali Ahmad berkata pihaknya kini sedaya upaya menangani persepsi kononnya penguatkuasa sempadan negara dengan mudah membenarkan individu keluar masuk negara ini.
"Ini persepsi, senyum dan boleh angkat tangan itu semua persepsi. Kita sentiasa cuba elakkan kerana nak urus persepsi ini bukan sesuatu yang mudah. Kita (JKDM) pun telah beri arahan bahawa tidak ada lagi isu 'angkat tangan' ini.
"Ditambah isu seludup minyak masak ini, jangan main-main angkat tangan lagi. Walaupun orang itu kita kenal, kita kena memeriksa supaya seperti arahan yang saya sendiri keluarkan, walaupun hanya satu kilogram minyak masak di bawa keluar negara, kita mesti rampasnya," tegas Khazali ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Malah, pihaknya juga tidak akan memberi muka kepada mana-mana anggota penguatkuasa sempadan yang menjadi dalang penyeludupan barangan bersubsidi ke negara asing.
"Saya sentiasa ingatkan anggota dan pegawai supaya sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tugas dan jangan sewenangnya menjalankan tugas tanpa prihatin terhadap isu yang tengah berlaku.
"Kepada rakyat Malaysia yang sentiasa membawa keluar barang-barang bersubsidi ini ke luar negara, hentikan sebab ia tidak memberikan kebaikan kepada negara ini," ujarnya.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, Kelantan dan Bukit Kayu Hitam, Kedah mendapati kenderaan di dua laluan itu mudah keluar masuk ke Thailand berikutan tiada pemeriksaan ketat.
Situasi tersebut dilihat memberi ‘ruang’ kepada penyeludup untuk membawa keluar barangan bersubsidi khususnya minyak masak.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Nov 11 2016
Khazali berkata pihaknya kini sedaya upaya menangani persepsi kononnya penguatkuasa sempadan negara dengan mudah membenarkan individu keluar masuk negara ini. - FotoBERNAMA
Jangan taksub guna media sosial hingga sebar maklumat palsu berkaitan 3R
Orang ramai diingatkan supaya berfikiran rasional dan tidak terlalu taksub ketika menggunakan media sosial terutama maklumat berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan bantuan tunai bulanan bagi menangani kos sara hidup meningkat, merangsang ekonomi keluarga, dan memperbaiki kadar tukaran wang asing.
Pendaftaran PADU meningkat di saat akhir
Dua hari menjelang tarikh akhir pada Ahad ini, pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis berbanding 8.79 juta pendaftaran dibuat sehingga Rabu.
CSM sahkan sistem PADU selamat, tidak dikompromi
Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab, mengesahkan keselamatan PADU untuk melindungi data peribadi pengguna dan menolak risiko integriti data yang berpotensi dikompromi.
DOSM sifatkan dakwaan PADU guna kaedah lapuk sebagai semberono
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menafikan dakwaan penggunaan kaedah lapuk dalam pembangunan PADU dengan menjelaskan objektif, keperluan, dan kecanggihan teknologi serta mekanisme keselamatan yang diambil kira.
PM terima kunjungan hormat pemimpin Parti Komunis China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao di Perdana Putra, Putrajaya.
Perdana Menteri berkata semasa kunjungan hormat itu, mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.
Perdana Menteri berkata semasa kunjungan hormat itu, mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.
Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia
Seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhlakerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.
Polis Thailand serbu pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian terbesar
Polis juga menyita barangan termasuk 223 komputer, telefon bimbit, 1,300 kad SIM keldai, 312 penghala dan 80 buku akaun bank.
Sistem PADU selamat lindungi data pengguna - CSM
Keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah.
Kawalan sempadan longgar: Jangan 'main angkat tangan' lagi - Kastam
JKDM menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang memilih jalan mudah merentasi sempadan negara.