Kawasan rumah dan tandas adalah lokasi mencatatkan kes pembuangan bayi paling tinggi di seluruh negara bagi tahun 2010 hingga 2018, ujar Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Kes pembuangan bayi di kawasan rumah adalah 266 kes, diikuti dalam tandas sebanyak 108 kes.

Manakala, antara lokasi lain yang dikenalpasti ialah di lokasi pembuangan sampah (89 kes), loji/longkang/ kumbahan (63 kes), masjid/surau (62 kes), sungai/laut/tasik/tali air (57 kes), tepi kedai/bangunan/ pejabat (54 kes), tepi jalan (50 kes), hospital/klinik (32 kes), hentian bas/komuter/stesen minyak dan asrama/sekolah/kolej masing-masing 22 kes, parkir (15 kes), dan tanah perkuburan (12 kes).

Bagaimanapun, hanya 9 kes dilaporkan diletakkan di 'baby hatch'.

BACA: Buang bayi: Selepas nenek, ibu dan bapa pula ditahan polis

BACA: Bapa ditahan dipercayai bersekongkol dengan pelajar buang bayi di Putrajaya

Rumah, tandas lokasi paling kerap buang bayi


Dalam pada itu,bagi tempoh sama, Selangor mencatatkan kes buang bayi tertinggi dengan 221 kes, diikuti Sabah 116 kes dan Kuala Lumpur, 87 kes.

Katanya, hanya 30 peratus sahaja daripada jumlah bayi yang ditemui masih hidup.



Statistik kes buang bayi bagi tempoh 2010 hingga 2018




Dalam pada itu, poster peringatan dan pencegahan kes buang bayi akan ditampal di setiap pintu tandas di 22 lokasi Rehat dan Rawat (RNR) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Poster berkenaan memberi peringatan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan di rumah perlindungan dan menghubungi Talian Kasih 15999.

"Apa yang akan anda lihat adalah setiap cubicle tersebut ada dilekatkan poster supaya dia tidak terlepas pandang. Sama ada lelaki atau perempuan, apabila mereka masuk, mereka akan tahun ini (poster) Talian Kasih. Talian Kasih juga adalah untuk semua isu melibatkan wanita, bayi dan sebagainya.

"Ini mesej kita untuk sampaikan kepada golongan sasaran. Mungkin bukan gadis terlibat yang menggunakan tandas itu, tetapi mungkin kawan-kawan yang akan sampaikan kepadanya," katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas pelancaran Kempen Mencegah Pembuangan Bayi yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di RNR Dengkil di sini hari ini.

Selain itu, kementeriannya juga sedang bekerjasama dengan lapangan terbang terlibat bagi menampal poster di lokasi tertentu di kemudahan pengangkutan itu.