Hal berkaitan ekonomi begitu dekat dengan rakyat, apatah lagi selepas setahun kerajaan Malaysia Baharu memerintah.

Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada Isnin menggariskan lima perkara utama ke arah merakyatkan ekonomi demi kemakmuran bersama.

Antara perkara asas dalam menjana ekonomi negara yang lebih baik adalah pendidikan awal kanak-kanak.

Ini termasuk sumber makanan berkhasiat yang dihadam kanak-kanak sejak dari awal bangku persekolahan.



Dalam pada itu, teknologi 5G yang bakal dilancarkan bukan hanya di ibu negara tetapi seluruh negara.

Ini kerana tegas Dr Muhammed, penggunaan 5G adalah hak kepada rakyat untuk dinikmati.

Ia bagi mengelakkan berlakunya jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.


Sementara itu, perkembangan ekonomi tahun ini dijangka lebih baik berbanding tahun lepas.

Menurut Dr Muhammed lagi, selepas diteliti semula, 121 projek mega akan dimulakan semula tahun ini bagi merancakkan kembali ekonomi.


Pada masa sama, demi memastikan ekonomi negara terus rancak, institusi kerajaan perlu bersikap adil.

Dr Muhammed menegaskan negara tidak akan maju sekiranya institusi kerajaan gagal.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Muhammed turut menjelaskan bahawa harga tol boleh dikurangkan.

Pihaknya sedang kaji mekanisme terbaik bagi melaksanakan penurunan harga tol yang dikatakan akan dilaksanakan bukan hanya di Kuala Lumpur sahaja malah di seluruh Malaysia.


Saksikan video penuh temu bual eksklusif bersama Dr Mohammed melalui pautan di bawah: