Pelakon, pengarah dan pengulas sukan tersohor, Datuk Rahim Razali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway pada Ahad akibat pendarahan dalam otak dilaporkan semakin stabil.

Doktor mengesahkan pembuluh darah di bahagian kepala seniman disegani ramai itu pecah dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera.

Sumber dari Astro Arena memberitahu, Rahim dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini.

Media melaporkan, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran.

Bagaimanapun pada petang Ahad, Pengarah filem Abang itu dikatakan mengalami kesakitan sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di Kuantan dan dibawakan ke Pusat Perubatan Sunway.

Difahamkan Rahim sudah dipindahkan ke wad biasa pada Isnin.