Bekas Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan sihat dan masih aktif memenuhi jemputan daripada pelbagai pihak.
Pegawai Khasnya Datuk Jefridin Atan berkata meskipun Tun Abdullah sudah berusia 80 tahun namun beliau masih mampu menghadiri program yang melibatkan Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi).
"Terbaru, Tun Abdullah akan menghadiri forum tentang Ketamadunan Islam di Asia yang akan diadakan di Sepanyol pada 5 September depan.
"Cuma hari ini beliau tidak dapat bersama kita pada sambutan Aidilfitri anjuran Legasi kerana keuzuran mungkin keletihan melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Namun keseluruhannya, keadaan kesihatan Tun (Abdullah) dalam keadaan baik," katanya kepada media di sini hari ini.
Jefridin yang juga Pengerusi Legasi berkata pada hari ini pertubuhan itu turut meraikan 40 anak yatim dari pusat jagaan anak yatim dan miskin Rumah Rukayyah Sungai Merab, Bangi.
Kumpulan anak yatim tersebut turut menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan harian yang disampaikan anak Tun Abdullah, Tan Sri Kamaludin.
Legasi merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang selain membantu golongan yang memerlukan, turut menganjurkan program-program bersifat ilmiah dan advokasi seperti forum, simposium dan syarahan umum dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2019
Keadaan kesihatan Tun Abdullah dalam keadaan baik. - Gambar fail
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.
Bincang isu Palestin: Kerajaan digesa adakan sidang Parlimen segera
Ia bagi membahaskan usul mengecam serangan Israel ke atas penduduk Palestin yang semakin kritikal.