Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilihat kembali seperti biasa untuk proses daftar masuk selepas gangguan sistem sementara yang berlaku sejak malam 21 Ogos malam dengan kebanyakan mereka melahirkan rasa puas hati dengan cara pengendali lapangan terbang menangani masalah itu.
Keadaan bertambah baik selepas penggantian peralatan rangkaian yang diumumkan pada Jumaat oleh Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) selepas kegagalan rangkaian berfungsi dikenal pasti sebagai punca gangguan.
Tinjauan setakat pukul 3.30 petang mendapati kebanyakan penumpang tidak menghadapi kesukaran untuk proses mendaftar masuk sementara ada yang langsung tidak menyedari berlaku gangguan sistem kerana proses itu berjalan lancar.
Menurut jurucakap MAHB, gangguan teknikal berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia, namun KLIA bernasib baik kerana terus beroperasi tanpa ditutup.
"Mereka (kakitangan MAHB) telah menunjukkan semangat berpasukan yang baik dalam menangani keadaan. Situasi di (KLIA) tidak begitu buruk, operasi masih berjalan dengan baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.
Sambil memberi contoh beberapa insiden lapangan terbang ditutup kerana masalah teknikal atau mogok, beliau berkata Lapangan Terbang Heathrow pada 2018 telah menghentikan berpuluh-puluh penerbangan disebabkan isu teknikal, dan juga pada 2013, berlaku kelewatan penerbangan di seluruh United Kingdom dan Ireland kerana kesilapan pusat kawalan udara.
Seorang penumpang, Linda Khoo, 40 berkata, beliau berpuas hati debngan cara MAHB menangani insiden tersebut sambil menambah kakitangan di KLIA sangat membantu kerana mereka berusaha sebaik mungkin untuk membantu penumpang yang terlepas penerbangan kerana kelewatan penerbangan dari destinasi lain.
"Saya sepatutnya menaiki penerbangan ke Bangkok malam tadi pada pukul 10.35 malam. Akibat masalah teknikal, saya terlepas penerbangan. Jadi (MAS) menyediakan bilik untuk saya. Jadual penerbangan saya ialah pada 9 pagi hari ini tetapi ditunda hingga 10 pagi," kata Linda, yang merupakan wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang berpangkalan di Bangkok.
Seorang lagi penumpang, Yazid Dato Mohamed, 50, berkata, dia tahu mengenai gangguan sistem dan berasa lega pengendali lapangan terbang berjaya mengatasi masalah itu.
"Jadual penerbangan saya ke Johor Bahru sepatutnya kira-kira jam 3.30 petang tetapi kini ditunda hingga 4.30 petang, ia tidak terlalu buruk. Proses daftar masuk berjalan lancar dan saya rasa semuanya (sistem) kembali seperti biasa," katanya.
Norsiah Syahruddin (she), 27 berkata beliau dan ibunya terpaksa datang ke KLIA lima jam lebih kerana terbaca berita tentang gangguan sistem.
"Penerbangan saya dengan Malindo Air ke Kota Kinabalu sepatutnya 2.15 tengah hari tetapi saya dah sampai sini pukul 8 pagi.
"Risau jugak dengan sistem tergendala kerana tidak tak tahu apa akan terjadi. Jadi kita terpaksa datang awal. Bila sampai dapat status terkini penerbangan ditunda ke 3 petang," katanya yang menghadiri Konvokesyen Institut Pendidikan Guru, sejak 20 Ogos.
Chris Anns, 60, berkata dia diberitahu mengenai gangguan sistem, bagaimanapun, dia tidak menghadapi sebarang masalah di kaunter daftar masuk.
"Semuanya lancar dan penerbangan saya tidak ditunda," katanya. Beliau sedang dalam transit dari Vietnam ke Perth.
Sejak gangguan sistem itu bermula, kakitangan MAHB telah bekerja lebih dari 12 jam untuk memastikan kelancaran trafik dan membantu penumpang.
Gangguan sistem itu menyebabkan kegagalan beberapa sistem berfungsi termasuk Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk, Sistem Pengendalian Bagasi (BHS), sambungan wifi dan juga sistem kad kredit di kedai runcit serta kedai makanan dan minuman.
Pada jam 3.30 petang, Duta Airport CARE mengedarkan makan tengah hari dan minuman yang dibungkus kepada penumpang untuk menjaga kebajikan mereka.
Gangguan teknikal itu dilaporkan adalah aduan utama yang pertama di KLIA sejak dibuka pada Jun 1998. Sebelumnya, gangguan operasi di lapangan terbang antarabangsa itu adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik yang mengakibatkan seluruh KLIA bergelap dan berlaku kelewatan enam penerbangan pada September 2003.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019
Menurut jurucakap MAHB, gangguan teknikal berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia, namun KLIA bernasib baik kerana terus beroperasi tanpa ditutup. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Kesesakan zon motosikal di ICQ akibat gangguan sistem M-Bike - JIM Malaysia
Kesesakan luar biasa yang berlaku di Zon Motosikal Kompleks ICQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di sini, disebabkan masalah gangguan sistem M-Bike.
Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.
Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA
Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports telah membuat satu laporan polis berhubung masalah gangguan sistem yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tubuh jawatankuasa siasat kegagalan sistem di KLIA
Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa siasatan susulan insiden gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Keadaan seperti biasa di KLIA selepas gangguan sistem selama tiga hari
Menurut jurucakap MAHB, gangguan teknikal berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia, namun KLIA bernasib baik kerana terus beroperasi tanpa ditutup.
Gangguan sistem di KLIA ditangani, kesesakan berkurangan
Ini berikutan tindakan Malaysia Airports untuk menangani masalah dengan menggantikan peralatan rangkaian selepas ia dikenal pasti punca kegagalan rangkaian dan sistem.
Etiqa akan bayar tuntutan kelewatan penerbangan akibat gangguan sistem KLIA
Bagi pelanggan Etiqa, mereka boleh menghantar mesej WhatsApp di 019-650-7931 dengan memberikan nombor kad pengenalan, jadual penerbangan, pas masuk dan butiran akaun bank.
MAVCOM bimbang dengan gangguan berterusan di KLIA
Suruhanjaya itu meminta MAHB memberi maklumat terkini kepada penumpang dan syarikat penerbangan mengenai bila sistem dapat dipulihkan.
Harrods jual beg tangan berjenama bawah RM30? Biar betul
Apakah perasaan anda sekiranya anda berpeluang membeli sebuah beg berharga ribuan ringgit dengan harga kurang dari RM30.00?