Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall di sini lewat petang tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 petang Sabtu, dan tiba di tempat kejadian 7 minit kemudian.

JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan awal menunjukkan kebakaran tersebut berlaku di aras bawah bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Sementara itu, netizen turut berkongsi gambar serta detik cemas mereka semasa kejadian tersebut.