Malindo Air pada Jumaat mengumumkan kebocoran data pelanggan ke dalam talian baru-baru ini, telah ditangani.
Ketua Pegawai Eksekutif Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata dua bekas kakitangan penyedia perkhidmatan e-dagang syarikat itu dari GoQuo (M) Sdn Bhd di pusat pembangunannya di India telah mengakses dan mencuri data peribadi pelanggan Malindo Air.
"Perkara itu telah dilaporkan kepada polis Malaysia dan India," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat penerbangan itu telah bekerja rapat dengan semua agensi yang berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia serta pihak berkuasa lain di luar negara.
"Kami ingin menegaskan bahawa kes ini tidak ada kaitan dengan keselamatan seni bina data atau pembekal awan kami, Amazon Web Services.
"Semua sistem Malindo Air dijamin sepenuhnya dan tiada maklumat pembayaran pelanggan yang terjejas akibat perbuatan berniat jahat ini," kata Mushafiz.
Sebagai langkah proaktif, khidmat pakar-pakar forensik data dan keselamatan siber telah digunakan bagi mengkaji semula semua proses dan infrastruktur data yang sedia ada.
"Kami juga telah memulakan pengesetan semula automatik semua kata laluan pelanggan dan menasihati pelanggan kami untuk berhati-hati dengan sebarang panggilan atau e-mel yang mencurigakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 27 2019
Semua sistem Malindo Air dijamin sepenuhnya dan tiada maklumat pembayaran pelanggan yang terjejas akibat perbuatan berniat jahat ini. - Gambar fail
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
Kebocoran data pelanggan telah ditangani, kata Malindo Air
Dua bekas kakitangan penyedia perkhidmatan e-dagang syarikat itu di pusat pembangunannya di India telah mengakses dan mencuri data.