Kerajaan Negeri Kedah akan terus mempertahankan Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia perlu diteruskan kerana banyak lagi perancangan termasuk pembangunan infrastruktur yang ingin diwujudkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
"Banyak lagi pembangunan yang ingin dilaksanakan di Langkawi seperti membina hotel lima bintang bagi tujuan pembangunan ekonomi dan pelancongan negeri, jadi kita akan pertahankan status pulau bebas cukai ini.
"Saya yakin (status) pulau bebas cukai ini akan diteruskan. Tambahan, bukan mudah untuk kerajaan persekutuan menarik balik status itu kerana Langkawi sudah dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah pulau bebas cukai," katanya semasa menjawab soalan tambahan Nor Saidin Nanyan (BN-Kuah) tentang jaminan kerajaan negeri dalam memastikan Langkawi terus diberi status itu.
Menjawab soalan Tan Kok Yew (DAP-Derga), Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail berkata taraf zon bebas cukai Pulau Langkawi tidak akan luput tempohnya.
"Kita sedar sebelum ini ada negeri seperti Pulau Pinang yang telah ditarik balik taraf pulau bebas cukai namun ingin saya maklumkan bahawa Langkawi akan kekal sebagai pulau bebas cukai dan taraf zon tersebut tidak akan luput," katanya.
Sementara itu, Ku Rahman berkata kerajaan akan mengawal operasi premis yang menjalankan perniagaan minuman keras dan rokok di Langkawi dalam usaha membendung ketirisan pendapatan cukai.
"Saya telah berbincang dengan pihak Kastam dan dimaklumkan banyak ketirisan berlaku hasil jualan rokok dan minuman keras ini.
"Pembelian rokok dan minuman keras di Kedai Bebas Cukai I mesti mengikut had pembelian yang ditetapkan dengan mengemukakan kad pengenalan atau pasport bagi merekodkan butir-butir pembeli serta kuantiti belian ke dalam Sistem Semakan Kuota (SSK)," katanya.
Beliau berkata melalui sistem ini, semua pembelian akan dapat direkodkan. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Kerajaan Negeri Kedah akan terus mempertahankan Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau berkenaan.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
BN Kedah tampil lima calon wanita pada PRU14
Barisan Nasional (BN) Kedah menampilkan lima calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pemain Kedah beri keterangan berhubung rasuah
Beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil SPRM baru-baru ini berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu JDT di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lalu.
Kedah akan pertahan Langkawi sebagai pulau bebas cukai - Ahmad Bashah
Banyak lagi perancangan termasuk pembangunan infrastruktur yang ingin diwujudkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Kedah bakal wujudkan kawasan bebas cukai baharu - Ahmad Bashah
Selain Pulau Langkawi, Kedah bakal mempunyai satu lagi kawasan bebas cukai tidak lama lagi.
Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah tangkis spekulasi, kekalkan pentadbiran
Pelantikan tersebut sekaligus menangkis dakwaan kononnya Ahmad Bashah akan menggugurkan ketiga-tiga Exco tersebut dalam kepimpinannya.
'Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam
Masyarakat diminta tidak mempercayai serangan siber pihak tertentu yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya mempunyai kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja.
Siapa Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah baharu yang menggantikan Mukhriz Mahathir?
Ahmad Bashah merupakan Timbalan Pengerusi Umno Kedah dan Adun Bakar Bata untuk lima penggal sejak 1995.