Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini mulai Jumaat ini.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata bagi solat Jumaat, bilangan minimum jemaah adalah sekurang-kurangnya 40 orang dan maksimum 60 orang, sementara solat fardu pula dibenar didirikan dengan maksimum 40 jemaah.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, bilangan maksimum jemaah itu tertakluk kepada keluasan masjid atau surau dan kemampuan jawatankuasa kariah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
"Bagi mereka yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat zuhur dan dilakukan di tempat masing-masing. Solat fardu secara berjemaah juga dibenarkan di semua masjid dan surau mengikut keluasan dan kita juga minta jawatankuasa kariah untuk menyediakan ruangan solat kepada orang yang bermusafir.
"Bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau pula, laungan lafaz azan yang digunakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) sebelum ini akan dikembalikan kepada lafaz azan yang asal dan pengajian al-Quran dan kuliah dibenarkan selepas solat subuh dan maghrib, namun tidak melebihi 30 minit," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Syeikh Fadzil berkata, solat sunat Aidiladha dan ibadah korban juga dibenarkan namun jumlah kehadiran peserta pada satu-satu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen sesak, sempit dan sembang dekat (3S).
"Agihan daging korban kepada peserta dan fakir miskin akan dilakukan dengan mengamalkan penjarakan sosial sementara majlis jamuan dan kenduri adalah tidak dibenarkan," katanya.
Sementara itu dalam sidang media sama, Pengarah JHEAIK Mohd Yusri Md Daud berkata jumlah maksimum 60 jemaah yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat itu adalah untuk masjid kariah, institusi dan surau, manakala masjid negeri jumlah maksimum jemaah yang dibenarkan adalah 80 orang termasuk ahli jawatankuasa masjid.
"Masih ada had jumlah orang yang boleh datang menunaikan solat Jumaat jadi kita minta jawatankuasa masjid buat penggiliran untuk anak-anak kariah. Siapa yang hendak datang perlu daftar dahulu, kiranya tiada jemaah yang datang begitu sahaja kerana kita mahu elak jumlah yang ramai.
"Bagi solat fardu di masjid pula, jumlah jemaah adalah seramai 40 orang termasuk kakitangan masjid manakala di surau hanya 20 orang dibenarkan untuk menunaikan solat fardu. Bagi remaja yang berusia 15 tahun ke bawah mereka juga tidak dibenarkan datang ke masjid dan surau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
Solat sunat Aidiladha dan ibadah korban juga dibenarkan namun jumlah kehadiran peserta pada satu-satu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat. - Gambar hiasan
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.