Kerajaan Kedah menyasarkan tempoh lima tahun untuk menjadikan negeri 'Jelapang Padi' itu sebagai sebuah negeri maju, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Katanya, dalam tempoh tersebut semua projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang telah dirangka akan disegerakan.
"Kita tidak tahu bila Kedah hendak jadi negeri yang maju dan hebat...mungkin dalam tempoh 10, 20 atau 30 tahun akan datang tetapi bila ada sasaran tempoh yang tetap iaitu lima tahun, jadi kita rasa mahu segerakan semua perkara yang telah dirangka.
"Kita akan cuba terapkan tempoh tersebut dalam kalangan pegawai kerajaan negeri kerana apabila tahu bila perlu disiapkan, mereka boleh menyegerakan dan menyelesaikan semua perkara dengan lebih awal dan cepat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Kedah , pada Ahad.
Terdahulu, semasa berucap pada perhimpunan tersebut, Mukhriz berkata sasaran untuk menjadi sebuah negeri maju mampu dicapai sekiranya pembangunan seperti projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dapat dilaksanakan yang dilihat dapat melonjakkan Kedah ke kedudukan yang lebih baik.
"Sekarang Kedah berada di tangga kedua tercorot dalam pelbagai aspek jadi sekiranya pembangunan projek seperti KXP dapat dilaksanakan ia membolehkan negeri kita untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri maju yang lain," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam di negeri ini untuk berusaha bersama-sama melaksanakan semua perancangan tanpa berlengah-lengah demi mencapai cita-cita itu.
"Saya yakin kita mampu lonjakkan Kedah sekiranya setiap pegawai kerajaan negeri ingin menjayakan setiap perancangan kerajaan negeri kerana ia merupakan cita-cita kita bersama. Tidak berlengah-lengah untuk laksanakan tugas itu juga sangat penting dalam memastikan kemajuan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 13 2019
Mukhriz ingatkan penjawat awam untuk berusaha bersama-sama melaksanakan perancangan.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.
Sanusi patut fokus majukan Kedah bukan 'Langkah Dubai' - Anthony Loke
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil langkah memajukan negeri ditadbirnya dan bukan mengambil 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan.
Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah
Jeneral padang berusia 27 tahun yang beraksi cemerlang dalam 23 perlawanan musim ini mengakui sukar untuk berpisah dengan Sang Kenari.