Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Singapura berazam untuk menjalin kerjasama rapat dengan rakan sejawatan baharu mereka dari Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.
Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura pada Selasa, Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama dua hala antara Singapura dan Malaysia kini berada dalam keadaan kukuh.
Kedua-dua mereka menghubungi Dr Wan Azizah melalui telefon bagi mengucapkan tahniah setelah beliau dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kemenangan besar Pakatan Harapan dalam pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini menyaksikan Malaysia buat julung kalinya mempunyai seorang wanita sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dr Wan Azizah, 66, dinamakan sebagai penyandang jawatan itu pada Sabtu.
Teo dan Tharman juga mengutuskan surat tahniah kepada Dr Wan Azizah.
"Setinggi-tinggi tahniah daripada saya atas pelantikan anda sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan atas kemenangan besarnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 serta kemenangan anda bagi kerusi Pandan," kata Teo dalam surat berkenaan yang salinannya dihantar kepada Bernama di sini.
Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, berkata Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan kukuh sejak sekian lama, yang dibina berasaskan semangat saling mempercayai dan dan hormat-menghormati.
"Kita mempunyai hubungan kerja yang baik serta sering berinteraksi di semua peringkat, termasuk di peringkat paling tinggi, melalui peringkat menteri dan pegawai. Kita bekerjasama rapat dalam bidang ekonomi, sosial dan keselamatan," katanya.
Menurut Teo, beliau tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan Dr Wan Azizah dan pasukan beliau bagi mengukuhkan dan meluaskan lagi kerjasama melalui forum dua hala dan pelbagai hala, demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
"Tahniah atas pelantikan baharu anda sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 serta kemenangan besar anda di Pandan. Kepimpinan kukuh anda sebagai Presiden Pakatan Harapan dan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat adalah penting dalam memperoleh kemenangan itu," kata Tharman.
Tharman, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Sosial, berkata Singapura dan Malaysia merupakan jiran serta rakan rapat.
"Kita mempunyai hubungan kukuh di pelbagai peringkat sejak sekian lama. Kita juga menjalin kerjasama dalam pelbagai sektor, daripada perdagangan dan pelaburan, hinggalah kepada pertahanan dan pelancongan.
"Di samping itu, kita bekerjasama rapat di forum serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, WTO, APEC dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Kerjasama Trans-Pasifik.
"Saya tidak sabar untuk meneruskan kerjasama positif antara Singapura dan Malaysia itu," katanya.
Kedua-dua timbalan perdana menteri itu juga mendoakan agar Dr Wan Azizah dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa sihat dan menyatakan mereka amat teruja untuk bertemu pasangan suami isteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan kerja yang baik serta sering berinteraksi di semua peringkat.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Isu Palestin: MAPIM harap kerajaan desak OIC lebih tegas
Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Malaysia boleh menggunakan pentas OIC bagi mendesak badan itu agar mengambil tindakan segera daripada sekadar melontarkan kecaman.
2022 tahun yang mencabar bagi hubungan antarabangsa
2023 dijangka memberi kesinambungan yang dinamik membabitkan hubungan antarabangsa Malaysia.
China akan kenakan sekatan terhadap Pelosi, saudara terdekat - Beijing
Lawatan Pelosi memberi tamparan hebat kepada dasar 'Satu China', menjejaskan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
ASEAN beri amaran ketegangan di Taiwan boleh gugat kestabilan serantau
ASEAN memberi amaran bahawa ketegangan yang berterusan di Selat Taiwan boleh menjejaskan kestabilan rantau ini.
Duta Malaysia ke Lubnan serah watikah pelantikan kepada Presiden
Azri Mat Yacob akan berusaha meningkatkan kerjasama di peringkat antarabangsa dan hubungan dagangan antara kedua-dua negara.
Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.
Keanggotaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11
Kehadiran kuasa-kuasa besar lain pasti mewujudkan gelanggang percaturan geopolitik di Asia Tenggara yang akhirnya memberi kesan kepada keharmonian rantau ini.
Malaysia tidak setuju tindakan India terus menekan Pakistan - Tun Mahathir
Malaysia akan menyertai dua lagi negara iaitu China dan Turkey dalam usaha menghalang Pakistan dari disenaraihitamkan agensi itu.
Polis tumpaskan sindiket seludup migran Sri Lanka ke Eropah, 11 ditahan
PDRM melumpuhkan satu rangkaian sindiket penyeludupan migran ke negara Eropah yang melibatkan warga tempatan.
Kedua-dua TPM Singapura berazam bekerjasama rapat dengan TPM baharu Malaysia
Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam berkata kerjasama dua hala antara Singapura dan Malaysia kini berada dalam keadaan kukuh.