Kehidupan yang lebih terjamin termasuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan gelandangan merupakan antara pencapaian Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam tempoh 100 hari sejak penubuhan kerajaan baharu.

Selain itu, Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, KWP juga telah mewujudkan inisiatif menyeluruh untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan, merangkumi teras ekonomi, keusahawanan, modal insan, dan prasarana.

Bercakap mengenai golongan gelandangan, Annuar berkata, antara inisiatif yang telah dijalankan termasuk program pemulihan, kaunseling, dan yang paling penting memastikan mereka mendapat pekerjaan yang bersesuaian.

“Di fasa terakhir ini, seperti mana yang kita semua saksikan, sebahagiannya mula keluar daripada alam gelandangan kepada alam pekerjaan. Itu yang penting.

Our main concern is to make sure they will no longer be part of the so-called gelandangan community, tetapi dia menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang teratur yang tersusun, sebahagiannya menjalankan aktiviti ataupun pekerjaan di sini, tempat tinggal ini dijadikan macam sebahagian daripada kilang untuk buat packaging,” katanya lagi.

Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pelepasan Gelandangan Ke Kuantan Dan Sepang Untuk Berkursus, di sini hari ini.

Melalui program itu, Annuar berkata, 187 gelandangan terpilih akan dihantar ke dua lokasi berkenaan, iaitu Program Latihan Khas di Kem PLKN, Sepang, dan Program Pemulihan & Bimbingan di Drug Intervention Community, Kuantan, Pahang, selama tiga bulan bagi menambah kemahiran bekerja yang bersesuaian sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Kehidupan yang lebih terjamin termasuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk golongan gelandangan merupakan antara pencapaian Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam tempoh 100 hari sejak penubuhan kerajaan baharu.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan sekitar 500 hingga 1,000 peluang pekerjaan untuk golongan gelandangan, termasuk mengambil 200 orang untuk agensi itu sendiri.

Beliau berkata, DBKL telah melakukan kerjasama dengan pelbagai agensi dan syarikat swasta demi menjamin peluang pekerjaan untuk golongan berkenaan.