Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 15 tahun, pada Disember, lepas.

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimana pun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang pekerja kontrak itu didakwa mencabul dengan maksud seksual menyentuh payudara dan badan mangsa di sebuah rumah di Kampung Manis, Perai kira-kira jam 7.20 pagi pada 17 Disember lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan pendakwaraya, Lim Saw Sim dan beliau tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan bagaimanapun hakim tidak membenarkan jaminan.

Hakim kemudiannya menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan bagi membolehkan tertuduh membuat lantikan peguam .