Tutup

Kekalahan PH urusan dalaman mereka - Hishammuddin

Kekalahan PH urusan dalaman mereka - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang urusan di atas kekalahan Pakatan Harapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah urusan dalaman mereka sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang urusan di atas kekalahan PH.
“Apa yang kita tahu, calon PH di Tanjung Piai adalah pilihan gabungan itu sendiri. Jadi apabila mereka menyalahkan sesama sendiri, ia tidak ada kena mengena dengan kita. Itu masalah mereka,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen, pada Isnin.

Dalam pada itu Hishammuddin berkata, terlalu banyak ketidakpuashatian yang dirasai dari rakyat kepada kerajaan hari ini.
“Saya pernah menyuarakan sebelum ini, kerajaan perlu membuktikan prestasi yang baik.

“Jadi apabila Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mula (menjadi Ahli Parlimen) hari ini. Dia akan memberikah khidmat terbaiknya dan kita akan memberi bantuan kepadanya,” katanya.


Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kekalahan PH pada PRK Tanjung Piai yang berlangsung Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka kekalahan dengan majoriti yang begitu besar iaitu sebanyak 15,086 undi kepada parti lawan.

BACA: "Kemenangan di Tanjung Piai bukan kerana Najib semata-mata" - Hishammuddin


Tag: kekalahan Pakatan Harapan, masalah dalaman, PH, Barisan Nasional, BN, Hishammuddin Hussein, Mahathir Mohamad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.