Kelantan lebih Islam satu tanggapan 'syok sendiri' - Husam

Kelantan lebih Islam satu tanggapan 'syok sendiri' - Husam
HUSAM: Kita kena lihat apakah ukuran dan apa KPI yang kata Islam kuat di Kelantan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berpandangan takrifan yang diguna pakai Pas bahawa negeri Kelantan lebih Islamik berbanding negeri lain sebagai tidak tepat.

Bekas pemimpin Pas itu juga menyifatkan tanggapan Pas selama ini  bahawa Kelantan sebuah negeri Islamik sebagai ‘syok sendiri’.
Tegasnya, ukuran dan takrifan itu sepatutnya berasas kerana hakikatnya tiada keadaan yang  boleh mencerminkan Kelantan sebagai sebuah negeri lebih Islam berbanding negeri lain.

“Jadi pengakuan bahawa Kelantan lebih Islamik hanya satu syok sendiri sahaja, kita kena lihat apakah ukuran dan apa KPI yang kata Islam kuat di Kelantan dan negeri lain tak kuat sebagaimana Kelantan,” ujarnya.

Tambah Husam, sekiranya ukuran Islam berdasarkan kehadiran ramai ke masjid, negeri lain turut menyaksikan lebih ramai kehadiran jemaah ke masjid, malah, katanya, program imarah masjid di Selangor dan Kuala Lumpur lebih meriah berbanding Kelantan.

Tahap kebersihan di Kelantan yang dikatakan berimej islam juga tidak memuaskan berbanding negeri lain.

Tag: husam musa, kelantan, negeri islamik, islam, serambi mekah


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.