Kelantangan Tok Nan dirindui

Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang bumi kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta. - Foto Twitter/@aremnn
TANGGAL 11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.

Rata-rata rakyat Sarawak hari ini meluahkan rasa sayang dan kerinduan mereka dengan pemergian Tok Nan menerusi media sosial.

Walaupun sedih dengan pemergian Tok Nan, mereka masih lagi mengagumi lagenda pemimpin itu yang secara terus-terusan memperjuangkan hak Sarawak.
Jasa dan pengorbanan Tok Nan tidak ternilai dan dilupakan begitu sahaja. Malah Tok Nan merupakan pemimpin Sarawak yang lantang, berani kerana benar selain sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat Sarawak.  

Bagi mereka tiada siapa yang dapat menggantikkan Tok Nan di hati rakyat. Kesungguhan bermati-matian dan tekad seorang tokoh politik mempertahankan Sarawak tidak mungkin ada tolok bandingnya.




Bekas ketua Menteri Sarawak  yang popular kerana mempunyai pendirian tegas menuntut lebih kuasa autonomi dan bahagian lebih besar kekayaan minyak serta gas di negeri itu daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Al-Fatihah!