Keluarga Nora Anne Quoirin, remaja warga Ireland berusia 15 tahun yang ditemui mati pada Selasa setelah hilang selama 10 hari dari sebuah resort yang diselubungi hutan hujan menaruh harapan untuk mendapat jawapan bagi merungkai misteri kehilangannya.
Keluarga itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga itu ketika berdepan saat-saat sukar menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Lucie Blackman Trust, sebuah badan amal Britain yang membantu rakyatnya semasa menghadapi krisis di luar negara.
"Hari ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan (Nicole Tan Lee Koon) menziarahi keluarga kami. Kami berpeluang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia, pasukan polis, pasukan mencari dan menyelamat, penduduk tempatan dan sukarelawan untuk membantu kami.
"Tragis, seperti yang kita tahu, ini tidak cukup untuk menyelamatkan Nora. Keputusan bedah siasat bedah telah memberikan beberapa maklumat yang membantu kita memahami punca kematian Nora. Tetapi anak gadis yang tidak berdosa ini mati dalam keadaan yang sangat kompleks dan kami berharap bahawa tidak lama lagi kami mendapat lebih banyak jawapan bagi banyak persoalan. Kami masih berusaha untuk memahami situasi yang berlaku dalam 10 hari yang lepas, " kata keluarga itu.
Menurut kenyataan itu, keluarga berkenaan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia atas sokongan dan kerjasama yang berterusan dengan kerajaan dan polis antarabangsa ketika siasatan mengenai elemen jenayah dan kes orang hilang masih berjalan.
"Kami akan membawa balik mayat Nora untuk disemadikan, berdekatan dengan keluarga tercinta di Perancis dan Ireland," kata keluarga itu.
Nora Anne bersama ibu bapanya, Sebastien Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin, tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort penginapan itu pada 3 Ogos, sehari sebelum remaja tersebut dilaporkan hilang.
Laporan bedah siasat semalam mendapati kematuian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan mengesahkan bahawa remaja perempuan itu mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang dan tekanan yang berpanjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 16 2019
Keluarga Nora Anne Quoirin, berkata mereka masih berusaha untuk memahami situasi yang berlaku dalam 10 hari yang lepas.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Tulang belakang, tangan Bella belum ditemui - Kakak
Keluarga berharap usaha untuk mencari saki baki tulang Bella atau Mila Sharmila dapat dijalankan secepat mungkin.
Pencemaran Sungai Kim Kim: Hukuman tidak setimpal - Keluarga mangsa
Keluarga mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan kepada dalang pencemaran sungai berkenaan yang disifatkan tidak setimpal.
Pesawat terhempas di Elmina:"'Selfie' pertama dan terakhir daripada abang untuk kami" - Adik
Seorang penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam dilihat teruja semasa menaiki pesawat itu.
MH17: Waris keluarga terkorban masih harapkan pembelaan
Menurut Daud, dia berharap agar perkembangan mengenai kes berkenaan yang dibicarakan di peringkat antarabangsa dapat dimaklumkan kepada mereka dari semasa ke semasa.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
Polis tahan 6 suspek kes culik ahli perniagaan, isteri
Semua suspek berusia antara 24 hingga 58 tahun itu ditangkap dalam operasi khas antara 1 hingga 4 Disember lalu.
Helikopter terhempas: Bedah siasat dijangka esok - Keluarga mangsa
Proses bedah siasat ke atas jenazah mangsa insiden nahas helikopter dekat Taman Melawati tengah hari tadi dijangka dijalankan pada Isnin.
Keluarga mangsa perang dadah Filipina beralih ke pentas teater sebagai terapi
Penglibatan mereka itu adalah salah satu cara pemulihan jiwa dalam program terapi selama sebulan.