Sebuah keluarga dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, Gua Musang, Kelantan memohon pertolongan orang ramai mencari bapa mereka yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu.

Idris Che Din, 81, yang mengalami masalah nyanyuk, kali terakhir dilihat oleh penduduk pada puluk 3 petang Sabtu di sekitar kampung terbabit.

Warga emas itu masih belum ditemui.

Kali terakhir dia dilihat oleh penduduk kampung adalah pada pukul 3 petang Sabtu lalu di sekitar kawasan kampung terbabit.

Menurut anaknya, Fatimah Idris, sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang walaupun mengalami masalah nyanyuk sejak tiga tahun lalu.

“Selepas selesai makan tengahari, ayah saya terus masuk ke dalam bilik tidur. Dalam pukul 2.30 petang, saya masuk bilik, tengok dia sudah tiada di dalam,” katanya.

Tambahnya lagi, oleh kerana risau dengan keselamatan warga emas itu, mereka sekeluarga melancarkan gerakan mencari bersama penduduk kampung.

Seorang lagi anak, Zuriana Idris berkata, laporan polis telah dibuat selepas mereka gagal menemui bapanya.

Mereka juga merayu kepada sesiapa yang terlihat bapanya itu untuk menghubungi mereka di talian 017-9457762 atau membuat laporan di balai polis berdekatan.