Kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat di Km329.7 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tapah awal malam ini menyebabkan kesesakan kira-kira dua kilometer ke arah utara.
Menurut laman Twitter PLUS Malaysia Berhad, kesemua kenderaan ke arah selatan kini dilencongkan keluar ke Plaza Tol Tapah bagi memberi laluan kerja-kerja pengalihan tiga kenderaan terbabit.
"Lorong kanan dan kiri arah utara masih terhalang dan semua lorong arah selatan masih terhalang sepenuhnya," demikian menurut laman itu.
Sementara itu dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 7.20 malam tersebut melibatkan sebuah bas ekspres, lori tangki dan lori membawa muatan kertas.
Kemalangan tidak melibatkan kehilangan nyawa namun pemandu lori tangki tanpa muatan tersebut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut, katanya.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan kertas yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dirempuh oleh lori tangki tersebut sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbalik di tengah laluan arah utara.
"Lori tangki itu pula yang hilang kawalan telah melanggar penghadang besi lebuh raya dan masuk ke laluan bertentangan serta melanggar bas ekspres yang membawa empat penumpang dalam perjalanan dari Kamunting ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.
Kes disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 30 2019
Pemandu lori tangki dibawa ke hospital untuk rawatan. - Bernama
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.
PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi
SPR diminta menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas
Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
Prasarana belanja RM2.8 bilion tambah baik tren, bas
Prasarana Malaysia Bhd akan membelanjakan sejumlah RM2.8 bilion untuk alat gantian tren dan menambah bilangan tren serta bas.