Kawalan ketat kerajaan Arab Saudi berjaya mengekang kes jemaah yang menyelinap masuk tanpa visa untuk mengerjakan haji secara haram pada musim haji tahun ini.

Menjelang hari Wuquf, ramai jemaah tanpa visa telah ditahan meredakan kesesakan di makkah tanpa kehadhiran jemaah haram yang pada tahun tahun sebelum ini pernah mencecah 1. 5 juta orang.

Sejumlah 2 juta jemaah haji serata dunia dijangka akan berkumpul di Padang Arafah bila bermulanya kemuncak haji iaitu hari Wuquf pada isnin 9 Zulhijjah bersamaan 14 Oktober.

Lebih dari 31,000 warga Saudi dan luar negara telah ditahan dan diperintah keluar dari Mekah sementara 12,600 lain ditahan polis kerana terlibat dalam usaha masuk ke Mekah untuk mengerjakan haji tanpa permit.

Sekumpulan sembilan warga Pakistan antara yang ditahan dalam pergerakkan dari Madinah ke Mekah di satu sekatan jalanraya pada Jumaat 11 Oktober.

Siasatan menunjukkan mereka datang menggunakan khidmat agen tidak bertauliah yang menjanjikan visa haji tetapi gagal mendapatkannya.

Mereka menerima padah setelah ditahan, didenda dan dihantar pulang serta dikenakan larangan masuk semula ke Arab Saudi untuk 10 tahun.

Pada hari Khamis 10 Oktober emir Mekah Putera Khaled Al-Faisal dipetik mengesahkan seramai 15,000 jemaah haram ditahan dari memasukkin Mekah kerana gagal menunjukkan permit haji.

Pada masa yang sama, sebanyak 63 penganjur haji palsu telah dikesan berpengkalan di Kota Dammam.

Sementara itu, kesemua jemaah Malaysia tiba di Arafah selewatnya pada 11:30 malam Ahad setelah bertolak dari Mekah secara berperingkat peringkat sejak jam 11:30 pagi hari yang sama.

Mereka akan bermalam sambil bertalbiah, berdoa dan beribadat menantikan kemuncak haji iaitu Wuquf yang bermula apabila tergelincirnya matahari hari Isnin yang akan berlanjutan hingga ke Maghrib hari yang sama.