Polis telah mengambil keterangan 11 individu dalam siasatan berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu timbalan perdana menteri, susulan rawatan gigi di Bangsar, minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua doktor klinik gigi yang merawat allahyarham antara individu yang diambil keterangan semalam.
"Polis turut ambil keterangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan kakitangan klinik. Buat masa ini, tiada individu ditahan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis akan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini untuk tindakan lanjut.
Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu lepas untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.
Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.
Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Syed Alman Zain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, kata Amar Singh.
Bernama
Tue Jun 07 2016
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6 petang Rabu lepas untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Mayat lelaki ditemukan terapung di sungai berdekatan LRT Sentul
Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di sungai berdekatan Stesen Aliran Ringan (LRT) Sentul, di sini, pada Isnin.
Lelaki hempuk remaja dengan pemadam api di pusat komputer ditahan
Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang remaja lelaki di pusat komputer Khamis lepas ditahan sekitar Lembah Klang, di sini, semalam.
Kematian menantu TPM: Polis ambil keterangan 11 individu
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata dua doktor klinik gigi yang merawat allahyarham antara individu yang diambil keterangan semalam.