Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kesilapan dan kecuaian dalam kes penyerahan satu mayat di Hospital Kajang dua hari lalu, kata Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata kejadian serupa berlaku tiga bulan lalu di Hospital Pulau Pinang dan pihaknya telah menyemak semula Operasi Prosedur Standard (SOP) berhubung penyerahan mayat.
Katanya satu siasatan rapi sedang dijalankan dengan mengambil keterangan kakitangan dan pengawai perubatan di rumah mayat hospital itu (Hospital Kajang) dan ia dijangka siap secepat mungkin.
"Kita memang minta maaf sebab perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Semua SOP sudah disemak semula. Tidak tahu bagaimana perkara itu berulang di (Hospital) Kajang.
"Kalau ada bukti kecuaian dan apa sebab ia berlaku, kita akan ambil tindakan tatatertib termasuk menggantung tugas," katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Yahya dengan Warga Kementerian Kesihatan di sini hari Ini.
Dr Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes kesilapan bersabit penyerahan mayat seorang mualaf yang bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lin Ah San @ Lim Ah San kepada sebuah badan kebajikan yang menyebabkan mayat itu disempurnakan mengikut agama Buddha.
Menurutnya, perkara itu dilihat sebagai isu sensitif kerana melibatkan isu agama dan tidak seperti kes di Pulau Pinang itu yang melibatkan dua agama.
"Kali ini berbeza kerana ia melibatkan emosi memandangkan isu jenazah dekat di hati khususnya saudara mara berkaitan. Saya amat sedih atas kejadian itu.," katanya.
Ditanya bila laporan siasatan akan siap, Dr Subramaniam berkata siasatan itu yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dan ia dijangka dapat disiapkan segera kerana ia bukan merupakan kes siasatan yang panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2017
Subramaniam berkata, perkara itu dilihat sebagai isu sensitif kerana melibatkan isu agama, tidak seperti kes di Pulau Pinang yang melibatkan dua agama. - Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.