Kementerian Kesihatan memandang berat penulisan disebarkan di media sosial yang menyatakan kononnya masalah kepala atau otak kecil (microcephaly) yang berlaku di Brazil bukan dikaitkan dengan jangkitan Zika tetapi sebaliknya akibat imunisasi seperti Tdap (vaksin Tetanus, Diphtheria dan Pertussis).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penulisan tersebut bukan sahaja salah dari segi fakta tetapi juga mengelirukan masyarakat yang sudah sedia bimbang dengan apa yang sebenarnya berlaku di benua Amerika ketika ini.
"Penulis tersebut membuat gesaan supaya ibu-ibu mengandung tidak mengambil pelalian atau imunisasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, Gardasil (untuk pelalian Human papillomavirus, HPV) tidak diberi kepada ibu mengandung di mana-mana negara di dunia.
"Manakala Tdap telah mula digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom sejak 2012 lagi untuk menangani epidemik batuk kokol (pertussis) dalam kalangan bayi baru lahir dan tidak pula dikaitkan dengan “microcephaly” di negara-negara berkenaan," katanya.
Oleh itu, Dr Noor Hisham menegaskan tiada langsung kaitan di antara imunisasi berkenaan dengan apa yang berlaku di Brazil.
Katanya penciptaan vaksin adalah satu perkembangan teknologi yang telah berjaya menurunkan bilangan kes dan kematian akibat penyakit cegahan vaksin.
"Menjadi amalan semua negara termasuk Malaysia, sekiranya didapati mana-mana vaksin menyebabkan kemudaratan kepada manusia, ia akan ditarik balik dari pasaran," katanya.
Dr Noor Hisham berkata banyak penyakit berjangkit yang telah berjaya dihapus atau dikawal sehingga tidak lagi menjadi masalah kesihatan sejagat.
"Tiada siapa yang dapat menafikan terhapusnya cacar di seluruh dunia dan polio yang kini hampir dibasmi adalah kerana program imunisasi," katanya.
Lebih malang, katanya sebahagian kanak-kanak yang mengalami wabak penyakit berjangkit seperti campak, batuk kokol dan difteria yang menyebabkan kematian di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang tidak mendapat imunisasi pada umur yang disarankan.
Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat, khususnya berkaitan perubatan dan kesihatan, daripada sumber-sumber yang sahih.
Bernama
Sun Feb 07 2016
NOOR HISHAM: Tdap telah mula digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom sejak 2012 lagi untuk menangani epidemik batuk kokol (pertussis) dalam kalangan bayi baru lahir.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Pemberian vaksin Tdap untuk semua ibu hamil di Malaysia tahun depan
Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma, bermula tahun depan (2024).
Fahami kepentingan imunisasi dan vaksin kanak-kanak - Pakar
Pemvaksinan kanak-kanak amat penting kerana ia melindungi dan mengurangkan risiko mereka dijangkiti penyakit serius.
Kemas kini MySejahtera tampil dengan beberapa ciri baharu - Khairy
Ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.
COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
30.1 peratus kanak-kanak Labuan lengkap divaksin
Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah kehadiran kanak-kanak di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditemani ibu bapa masing-masing.
Pencapaian PICKids di P. Pinang membimbangkan
Sehingga 8 Mei lepas hanya 49.5 peratus telah mendapatkan dos pertama dan 37.7 peratus bagi dos kedua.
Ibu bapa perlu ambil peluang lindungi anak sebelum PICKids ditutup - Khairy
Ia memandangkan pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama hanya tinggal lapan hari sebelum ditutup pada 15 Mei ini.
Lebih 300,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.