Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama padu kepada pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Kementerian itu berkata, Dr Mahathir yang memangku sementara sebagai Menteri Pendidikan, merupakan seorang negarawan yang berpengalaman luas dalam transformasi pendidikan negara.

"Semoga dengan pemangkuan Tun (Dr Mahathir) ini akan meningkatkan kecemerlangan KPM dan pendidikan negara," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

BACA: Tun Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan


KPM turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Jan lepas.

-- BERNAMA