Kementerian Pendidikan bercadang menambah bilangan kelas bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah arus perdana di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata usaha itu dilihat dapat memberi kemudahan kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang berkeperluan khas mendapatkan pendidikan PPKI.
Katanya setakat ini terdapat 1,545 sekolah kebangsaan (SK) dan 830 sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang mempunyai kelas PPKI di negara ini.
"Memang hasrat kita untuk tambah, ia dapat menampung lebih banyak murid berkeperluan khas dan ibu bapa juga senang untuk cari kelas berdekatan rumah mereka.
"Sasaran kita setiap daerah sekurang kurangnya ada (PPKI) kerana kita mahu lihat lebih banyak program itu ditawarkan," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan SMK Pulai Jaya, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai, Zainal Buang.
Teo yang juga Anggota Parlimen Kulai berkata usaha menambah kelas PPKI juga bagi memastikan pelajar berkeperluan khas berpeluang menimba ilmu di sekolah biasa.
"Kita percaya dan kajian menunjukkan kalau kita biarkan mereka dengan pelajar biasa dan bercampur akan lebih baik untuk kedua-dua kumpulan dan menepis segala stigma mengenai mereka," katanya.
Mengenai pembinaan SK Pulai Emas dan SMK Pulai Jaya, beliau berkata kedua-dua sekolah berkenaan dijangka dapat beroperasi pada 1 Julai 2020.
Katanya setakat ini proses pembinaan SK Pulai Emas yang berkeluasan 2.2 hektar sudah siap sebanyak 52 peratus manakala SMK Pulai Jaya yang berkeluasan 3.7 hektar pula siap 43 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2019
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (tiga, kiri) mendengar taklimat dari kontraktor pembinaan ketika melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai Jaya Iskandar Puteri. - Foto Bernama
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.