Harga minyak di pasaran tempatan akan diturunkan apabila harga bahan bakar itu di pasaran dunia stabil, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata kenaikan harga minyak di pasaran sekarang berikutan pergolakan di Asia Barat sehingga menjadikan harga minyak dunia meningkat.
"InsyaAllah kita akan turunkan harga dan kita tidak simpan, ikut pasaran dunia kalau minyak naik kita akan naik," katanya kepada pemberita selepas program Kenduri Sekampung Warga Felda di Felda Ijok dekat sini, hari ini.
Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata kenaikan harga runcit petrol sejak dua minggu lalu yang menjadikan harga semasa RON95 sebanyak RM2.38 seliter misalnya, masih terendah dalam kalangan negara ASEAN dan meletakkan Malaysia di kedudukan ke-20 negara yang menjual minyak pada harga rendah.
"Apa yang kita berikan (harga minyak) adalah tidak membebankan rakyat dan semua yang berlaku itu mengikut pasaran dunia dan kerajaan turut mengambil pelbagai usaha termasuk pemberian subsidi.
"Mekanisme harga minyak sekarang masih rendah sejak kerajaan melaksanakan penetapan harga bahan bakar itu secara mingguan sejak Mac lepas," katanya.
Hamzah berkata beliau akan membawa isu kenaikan harga minyak ke mesyuarat Kabinet bagi mencari jalan terbaik untuk meringankan beban rakyat.
Selain itu, beliau berkata prestasi ekonomi negara yang kukuh pada kadar 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, menunjukkan perlunya kerjasama semua kementerian dalam merancakkan ekonomi domestik.
"Ini membuktikan ekonomi domestik menjadi salah satu rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi negara terutama dalam sektor pembinaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
HAMZAH berkata mekanisme harga minyak sekarang masih rendah sejak kerajaan melaksanakan penetapan harga bahan bakar itu secara mingguan sejak Mac lepas. - Gambar fail
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Twitter tutup akses percuma untuk API
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka.
Prasarana latih pemandu dan penyelia operasi MRT Jakarta
PRIME akan memberi latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta bermula April ini.
Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Enam kawasan di utara catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).
Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).
Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111.
Bahaya jerebu halus dalam paru-paru
Zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.
Jerebu: Ketampakan rendah kurang 5km dijangka berterusan sehingga Sabtu
Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.