Seluruh rakyat Malaysia digesa mengenali dan memahami dengan mendalam budaya pelbagai etnik dalam negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam membuat gesaan itu berkata ia bertujuan memupuk kefahaman yang lebih mendalam dalam kalangan orang ramai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berhubung kekayaan kebudayaan rakyat Malaysia.
"Kita mahu meraikan kekayaan kebudayaan kita, dan salah satu daripada aspek kekayaan budaya adalah seni budaya pribumi.
"Sebagai contohnya, dalam seni muzik Sarawak ada seni muzik sape dan Sabah ada seni muzik sundatang, dan ini tidak begitu dikenali rakyat Malaysia di Semenanjung, sedangkan ia adalah ciri-ciri kekayaan budaya di Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media sejurus sebelum menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia 2020 di Stadium Tertutup Sibu di Jalan Lapangan Terbang Lama pada Isnin.
Merujuk kepada sambutan dengan tema #MalaysiaPrihatin itu, Saifuddin berkata sungguhpun semangat sambutan kekal seperti sebelumnya, namun fokus kali ini sedikit berbeza.
Beliau berkata semasa negara masih bergelut memerangi pandemik COVID-19, wira baharu muncul dalam bentuk petugas barisan hadapan yang terdiri daripada para doktor, jururawat, petugas hospital, polis, tentera dan wartawan.
"Mereka berbakti, berkorban, malah ada yang terkorban. Kita amat berbangga dengan patriot kita," katanya.
Saifuddin kemudiannya memohon maaf kepada penduduk Sibu kerana tidak dapat menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai sambutan besar-besaran kerana terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan COVID-19.
Bagaimanapun beliau menjemput mereka beramai-ramai untuk menonton acara sambutan itu menerusi siaran secara langsung RTM1 dan live streaming di Facebook TVSarawak.
Turut hadir tinjauan malam tadi adalah Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Stephen Rundi Utom, yang juga pengerusi bersama penganjuran majlis sambutan itu.
- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
SAIFUDDIN: Kita mahu meraikan kekayaan kebudayaan kita, dan salah satu daripada aspek kekayaan budaya adalah seni budaya pribumi. - BERNAMA
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pemergian Tun Hanif kerugian buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Kompaun RM1.4 juta kesalahan merokok sepanjang Mac
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta pada Mac.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.
Tradisi betitik oleh etnik Bajau Samah segar merentas zaman di Sabah
Tradisi betitik yang dimainkan di desa atau di bandar, mampu dikekalkan bergenerasi lamanya malah dipertandingkan secara tahunan.
'Kalau hilang budaya, apa lagi yang tinggal?'
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kraf.
[KOLUMNIS] Apa jadi kalau salah tingkah dan isyarat? Seni bahasa tubuh sendi budi bahasa
Bahasa tubuh adalah cerminan tingkah laku seseorang dalam pertuturan tanpa lisan.
Pempengaruh dunia puji budaya, keramahan rakyat Malaysia
Gambaran mereka tentang Malaysia ternyata jauh lebih baik daripada apa yang dikongsi warga asing lain.
Minoriti Siam Kelantan tidak rasa terasing, hidup harmoni dalam kemerdekaan
Asimilasi budaya yang telah sebati dan berakar umbi sejak zaman nenek moyang menjadikan mereka seperti bersaudara.
Kembara Kenali Borneo peluang kepada Agong, Permaisuri selami hati rakyat Sarawak
Kerajaan negeri telah mengatur pelbagai program untuk Seri Paduka berdua melawat pelbagai kumpulan etnik semasa kembara itu.
Festival Filem Thailand kembali ke Malaysia menerusi lima filem terkenal
Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.
Festival Amerika Latin pupuk kefahaman budaya kepada rakyat Malaysia
Festival itu akan menjadi jambatan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara negara Amerika Latin dan Malaysia.
AirAsia penerbangan pertama hubungkan KL-Kertajati, Indonesia mulai 17 Mei ini
Langkah itu memenuhi misi mendemokrasikan perjalanan udara dengan menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan di rantau ini.