Tindakan pelancong Finland yang hilang di Pulau Tioman sejak 22 Jan lalu mengelak daripada dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di pulau peranginan berkenaan menimbulkan tanda tanya dan polis kini menyiasat motif sebenar lelaki tersebut berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata kali terakhir imej Nikitin Aleksis Elus Valtteri, 20, dirakam CCTV ialah antara 7 dan 8.30 pagi pada 22 Jan ketika dia melalui kawasan sebuah kawasan penginapan.
"Ketika melalui sebuah resorts di Kampung Paya, mangsa yang memakai baju hitam dan berseluar panjang dilihat cuba menutup CCTV dengan tangannya selepas melalui kawasan itu.
"Polis masih menyiasat punca tindakan itu dan kita juga telah menyoal siasat beberapa individu yang berhubung dengan mangsa sebelum dilaporkan hilang bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di Pulau Tioman, di sini hari ini.
Menurutnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak 26 Jan lalu masih diteruskan, namun bilangan anggota yang terlibat telah dikurangkang selepas tiada petunjuk baharu selain mengambil masa yang agak lama.
Sementara itu, Ketua Zon Satu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Arifin Kamar berkata antara cabaran yang terpaksa ditempuh oleh pasukan SAR sepanjang operasi ialah bentuk muka bumi yang berbukit bukau.
"Operasi telah mencakupi kawasan seluas 10 kilometer persegi dari kawasan mangsa dilihat kali terakhir di Kampung Paya, termasuk kawasan hutan, bukit, pantai dan paya Kampung Tekek, sehingga kawasan sanktuari penyu.
"Ada satu ketika tiga ekor anjing pengesan yang digunakan dalam operasi ini berjaya mengesan bau mangsa di Kampung Bunut, namun kemudian ia hanya berpusing-pusing di kawasan yang sama," katanya.
Valtteri tiba di Malaysia pada 18 Jan lalu dan memasuki Pulau Tioman pada 21 Jan sebelum dilaporkan hilang sehari selepas itu.
Operasi pencarian telah dilakukan sejak 26 Jan lalu oleh seramai 68 anggota dan pegawai JBPM, polis, Pasukan Gerakan Am serta Angkatan Pertahanan Awam dengan dibantu tiga ekor anjing pengesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 02 2019
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor menunjukkan gambar terakhir pelancong warga Finland Nikitin Aleksis Elus Valtteri, 20, yang dirakam oleh kamera litar tertutup ketika sidang media pada Jumaat. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.