Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi kesal dan kecewa dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu laporan perubatan berhubung punca kematian anak mereka.
Malah keluarga terbabit hanya mengetahui punca kematian Mohamad Thaqif Amin daripada laporan media.
Ibu Mohamad Thaqif Amin, Felda Wani Ahmad berkata dia sangat kecewa kerana sebelum ini segala prosedur yang melibatkan anaknya diberitahu dan diminta izin keluarga .
Namun, katanya, apabila keluar laporan perubatan berkenaan, mereka tidak diberitahu secara rasmi terlebih dahulu.
“Sepatutnya saya diberitahu dahulu. Mereka kena panggil kami ke hospital untuk ambil laporan bedah siasat dan bukan disampaikan melalui media,” kata ibunya.
“Bukan saya tidak reda, saya reda tetapi saya cuma nak tahu kenapa sebelum potong kaki arwah minta kebenaran saya, masa nak gali kubur arwah minta kebenaran saya, tetapi laporan siasat bagi kepada media.
“Ini yang membuatkan saya rasa tidak puas hati,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di kediamannya di Ulu Tiram, Johor.
Tambah Felda Wani, laporan berkaitan penyakit kencing tikus yang menjadi punca kematian anaknya tidak dapat diterima.
Katanya, dia sekeluarga akan menyerahkan segalanya kepada peguam yang menguruskan kes terbabit untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Tue Jul 11 2017
Felda Wani (gambar) berkata hatinya sangat kecewa kerana sebelum ini segala prosedur melibatkan anaknya diberitahu dan diminta izin keluarga. -Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Kenapa tidak maklumkan kepada kami terlebih dahulu - ibu Thaqif
Keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi kesal dan kecewa dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu laporan perubatan punca kematian anak mereka.