Kenderaan bawa 29 kadet PALAPES, tiga pegawai TUDM kemalangan

Kenderaan bawa 29 kadet PALAPES, tiga pegawai TUDM kemalangan
Kemalangan yang melibatkan kenderaan berat 3 tan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berpunca daripada kegagalan fungsi brek semasa menuruni Bukit Jugra. - Foto ihsan pembaca
BANTING: Markas Tentera Udara hari ini mengesahkan 29 pegawai kadet PALAPES Udara dan tiga orang jurulatih telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Jugra, Selangor.

Kemalangan yang melibatkan kenderaan berat 3 tan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berpunca daripada kegagalan fungsi brek semasa menuruni Bukit Jugra.

TUDM menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, kejadian tersebut berlaku selepas selesai menghantar barang-barang di kawasan Hutan Bukit Jugra bagi persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara yang akan bermula esok.

Kesemua mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Banting dan Hospital Klang.

Pihak TUDM juga memaklumkan akan sentiasa memastikan pemantauan berterusan dan akan memberi bantuan yang sebaiknya kepada semua mangsa yang terlibat dengan insiden tersebut.

.


Tag: TUDM, tentera, Malaysia, kadet PALAPES Udara, Bukit Jugra, Tentera Udara Diraja Malaysia, Hospital Banting, Hospital Klang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.