Revolusi dalam sektor pekerjaan untuk tempoh dua dekad akan datang sesuatu yang tidak dapat dielakkan seiring perubahan teknologi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Upwork, platform pekerjaan secara bebas, Stephane Kasriel, meskipun dunia kini menyaksikan sektor pekerjaan dipenuhi penggunaan robot, namun peluang pekerjaan untuk manusia masih terus luas.
Tambah beliau meskipun penggunaan robot semakin meluas, namun berdasarkan fakta, jumlah pengangguran global menyusut kepada 5.2 peratus pada 2018, terendah dalam tempoh 38 tahun.
“Penyelarasan antara pekerjaan dan teknologi membuatkan saya percaya bahawa pekerjaan pakar akan lebih banyak diwujudkan, lebih fleksibel untuk tempoh 20 tahun akan datang," katanya dalam artikel yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Beliau berkata antara perubahan besar yang dilihat dalam sektor pekerjaan kini termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik di mana ia akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkepakaran.
“Tidak akan wujud kekurangan pekerjaan namun jika kita mengambil langkah yang salah (tidak melatih pekerja), kekurangan tenaga kerja pakar untuk memenuhi permintaan itu akan wujud." katanya.
Ini tiga penyelesaian yang dicadangkan beliau untuk dunia berdepan perubahan sektor pekerjaan:
1) Kaji semula sistem pendidikan
Perubahan pantas teknologi bermakna pekerja perlu mendapatkan kepakaran baharu secepat mungkin. Sistem pendidikan semasa mengadaptasi perubahan terlalu perlahan dan beroperasi secara tidak efektif dalam era dunia baharu.
“Kita perlukan sistem pendidikan yang memberikan pendidikan sepanjang hayat, dan budaya yang mempromosi kea rah itu," kata Stephane.
Beliau berkata selain menjadikan pendidikan tinggi lebih murah dan berbaloi, program yang tertumpu kepada kepakaran vokasional amat penting.
Selain kerajaan, pihak swasta juga katanya perlu melabur dalam tenaga kerja mereka untuk melatih kepakaran baharu.
2) Ubah sistem perlindungan pekerja dari jaringan keselamatan kepada ‘trampolin’
Sistem cukai, penjagaan kesihatan, insurans pengangguran dan pencen dicipta untuk era perindustrian dan ia tidak akan menguntungkan sesiapa di masa depan jika tiada reformasi besar dilakukan.
“Sejak berdekad, sistem ini diselaras dengan majoriti pekerja yang dilantik. Namun apabila era berubah, malah perubahan adalah pantas, semua pihak perlu melihat kepada penyatuan sistem perlindungan dan manfaat untuk memastikan pekerja mendapat faedah bersesuaian,” katanya.
Beliau berkata bagi memastikan sistem perlindungan berjaya di masa depan, ia perlu menggunakan teknologi untuk memberikan faedah lebih berkesan.
3) Berikan pekerja lebih kebebasan dan fleksibiliti
Tindakan secara bersama antara kerajaan dan perniagaan akan menjadikan kehidupan manusia lebih mudah dan inklusif.
Kerjasama ini boleh bermula dengan mewujdukan pekerjaan jarak jauh, jadual fleksibel dan menggunakan platform teknologi.
Stephane berkata bekerja di pejabat adalah kurang praktikal bagi pasangan baru berkahwin, ibu atau bapa tunggal dan individu kurang upaya dalam masyarakat.
Namun jika diwujudkan pilihan bekerja dari rumah dan memilik jadual kerja sendiri, lebih ramai dari kalangan masyarakat akan mendapar pendapatan.
“Kini, lebih kurang 20 ke 30 peratus populasi bekerja di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah melakukan kerja persendirian, angka ini lebih tinggi di kebanyakkan negara membangun," menurut WEF.
Najib Aroff
Sun Jan 13 2019
Antara perubahan besar yang dilihat dalam sektor pekerjaan kini termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik di mana ia akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkepakaran. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Google Vids diperkenal untuk mudahkan penghasilan pembentangan video, dikuasakan AI
GOOGLE semalam memperkenalkan produk baharu di bawah Google Workspace, dinamakan sebagai Google Vids.
Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.
Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Apple mungkin tawarkan stor aplikasi AI
Siri juga dikatakan akan diintegrasikan dengan AI, iPhone boleh memproses AI terus dari dalam peranti.
AS bawa resolusi AI ke PBB
AS bersama 40 rakannya dari negara lain berkata AI mempunyai potensi besar untuk membentuk ekonomi, masyarakat dan dunia menjadi lebih baik.
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
Penggunaan teknologi AI, payung Rahmah tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu berkaitan kawalan dan pemantauan penggunaan media sosial dan teknologi AI serta inisiatif payung Rahmah menjadi antara tumpuan.