Keputusan beli kereta baharu bukan untuk berbangga-bangga - MB Perak

Keputusan beli kereta baharu bukan untuk berbangga-bangga - MB Perak
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan keputusan kerajaan Perak membeli kenderaan baharu untuk barisan Exconya merupakan keputusan tepat dan bukan untuk berbangga-bangga.

Katanya keputusan itu mengambil kira usia kenderaan yang memakan kos penyelenggaraan besar buat kerajaan negeri.

"Untuk menjaga kewangan sebuah negeri bagi kereta yang berjalan sejauh 400,000 kilometer, enjinnya dah (seperti) mana rupanya, dan tentunya mula banyak meragam.
"Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih pada usaha untuk perbaiki kereta itu. Apabila kita beli kereta baharu yang menjamin sehingga lima tahun, ia menelan belanja lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Tambahnya, kerajaan perlu menggunakan kenderaan baharu untuk memudahkan urusan perjalanan anggota Exco dalam melaksanakan tugas kepada rakyat.

"Saya yakin keputusan ini tepat dan bukan untuk berbangga-bangga dan sebagainya, kepada yang tak setuju terpulang pada mereka," katanya.

Sebelum ini terdapat pihak tertentu yang melempar komentar sinis berhubung pembelian kenderaan baharu tersebut kononnya keputusan kerajaan itu cuba menunjuk-nunjuk dan ego.

Tag: kenderaan kerajaan negeri, penyelenggaraan, perak, ahmad faizal azumu, kerajaan perak, menteri besar perak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.