Keputusan Negara Kesatuan Eropah (EU) mengecualikan minyak sawit daripada campuran biofuel dan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2021 bakal memberi kesan kepada harga bahan itu pada masa hadapan.
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Bastien Onn menjelaskan, tindakan EU itu sekali gus menjadikan harga minyak masak semakin mahal kerana permintaan meningkat selain tiada penawaran di pasaran.
"Saya sangsi dengan niat EU ini. Sekiranya mereka mahu menggantikan minyak masak berasaskan kelapa sawit kepada komoditi lain seperti jagung, kanola, soya dan minyak bijian seperti bunga matahari, pasti ia akan mengakibatkan kesan penebangan hutan yang lebih besar.
"Selain daripada itu, baja dan racun yang digunakan oleh komoditi soya, jagung dan lain-lain adalah enam kali ganda lebih tinggi berbanding penanaman kelapa sawit.
"Sudah tentu ia memberi kesan kepada sumber air dan alam sekitar dunia. Bukan itu sahaja, bagi komoditi seperti jagung, penanamannya membimbangkan kerana menggunakan teknik pengubahan genetik (GMO) hanya bertujuan untuk memenuhi permintaan. Ini akan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan sejagat," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Tiada sekatan, tiada diskriminasi terhadap minyak sawit - kata Menteri Perancis
BACA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sokong boikot produk EU
Bastien mengulas keputusan Parlimen Eropah baru-baru ini yang meluluskan usul untuk memperkenalkan skim pensijilan tunggal untuk minyak sawit yang memasuki pasaran EU, selain dari menghapuskan penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit menjelang 2020.
Majoriti minyak sawit Malaysia yang dieskport ke EU digunakan untuk biodiesel.
Selepas India, EU merupakan pasaran eksport kedua terbesar Malaysia, mewakili 2,059,207 tan barangan minyak sawit pada 2016, menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia. China pula berada di kedudukan ketiga.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Ferancis Florence Parly.
Di dalam pertemuan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pertemuan itu turut menyentuh isu larangan import minyak sawit ke blok EU.
Tegas Bastien, EU harus melihat fakta-fakta yang ada dengan lebih jelas selain menyatakan justifikasi yang digunakan mereka.
"Bersandarkan fakta ini, EU harus menghentikan hipokrasi mereka. Jika dunia tanpa minyak sawit dan bergantung kepada komoditi soya, kita memerlukan tanah seluas tiga kali keluasan bumi Malaysia hanya untuk memastikan minyak masak berasaskan soya dapat menampung pengguna dunia.
"Tentunya hal ini akan menjadikan minyak masak semakin mahal kerana permintaan meningkat dan tiada penawaran. Mereka yang miskin tidak mungkin mampu untuk membeli minyak masak yang harganya telah meningkat 400 peratus.
"Kita meletakkan harapan yang tinggi terhadap janji oleh Florence Parly yang melakukan lawatan ke Malaysia baru-baru ini," jelasnya.
Dalam pada itu kata Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat, isu itu akan membelenggu para peneroka Felda dan pekebun-pekebun kecil seluruh negara jika ia tidak diselesaikan segera.
"EU telah memutuskan untuk tidak lagi memberi subsidi bio-diesel yang menyumbang kepada penebangan hutan pada sidang parlimen mereka akhir tahun lalu.
"Tentunya ini merupakan langkah pertama. Selepas ini, EU akan menghalakan serangan mereka kepada sub-produk kelapa sawit yang lain. Akhirnya pengeluaran minyak masak akan menjadi sasaran mereka kerana alasannya sama iaitu mengurangkan penebangan hutan.
"Komoditi seperti soya, jagung, kanola dan biji bunga matahari memerlukan tanah yang lebih besar untuk memenuhi keperluan minyak masak dunia," jelasnya.
Katanya lagi, sebanyak 90 juta hektar tanah diperlukan bagi memenuhi keperluan itu sekiranya dunia mahu menghentikan peladangan kelapa sawit dan minyak masak dunia digantikan dengan komoditi-komoditi yang dipelopori negara barat.
"Sehingga hari ini, dunia hanya menggunakan 18 juta hektar tanah sahaja untuk kelapa sawit bagi mengimbangi harga dan memenuhi keperluan minyak masak dunia.
"Kita mengambil contoh komoditi soya yang sudah menduduki 120 juta hektar permukaan bumi bagi penghasilan 23 peratus sahaja permintaan minyak masak dunia.
"Sedangkan kelapa sawit memenuhi 32 peratus dengan hanya menggunakan 18 juta hektar sekali gus jelas merupakan keluasan tanah yang jauh lebih kecil," ujarnya.
Katanya lagi, semua fakta itu boleh diperolehi melalui laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFAO) dan Jabatan Pertanian AS (USDA) sendiri.
"Saya juga ingin mengajak agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Malaysia (MeNGO) agar bukan sahaja turut serta memainkan peranan lebih penting melobi EU, malah menjadi penghubung dengan NGO alam sekitar antarabangsa.
"Ia akan memberi penerangan serta mempertahankan industri kelapa sawit yang ternyata bukan sahaja baik dari segi ekonomi tetapi juga industri yang berimpak rendah terhadap alam sekitar," jelasnya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini tidak menolak kerajaan mengkaji semula keputusan membeli barangan daripada EU selepas kesatuan berkenaan bertindak mengecualikan minyak sawit daripada campuran biofuel dan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2021.
Ahmad Zahid turut menjelaskan sekiranya EU benar-benar melaksanakan pengharaman itu, ia akan memberi kesan buruk kepada negara khususnya 650,000 pekebun kecil sawit tempatan.
Astro Awani
Thu Feb 01 2018
BASTIEN: EU harus melihat fakta-fakta yang ada dengan lebih jelas selain menyatakan justifikasi yang digunakan mereka. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
EU setuju luaskan sekatan ke atas Iran
Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, perkara itu dipersetujui mesyuarat Menteri Luar blok tersebut.
Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850
Punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Lawatan PM ke Jerman: Awali Ramadan dengan misi pelaburan
Kunjungan ke Jerman merupakan lawatan balas kepada Scholz yang melawat Malaysia pada Februari tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EU denda Apple RM9.2 bilion, salah guna kawalan App Store
Apple melalui terbitan akhbar, menyatakan mereka akan melakukan rayuan terhadap keputusan ini.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Malaysia di landasan tepat untuk dapat pengiktirafan MSPO daripada EU - TPM Fadillah
Malaysia berada di landasan tepat untuk mendapat 'lampu hijau' daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengiktiraf piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam masa terdekat.
Peralihan tenaga: Malaysia komited kerjasama dengan EU - Fadillah
Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) khususnya dalam pemindahan teknologi untuk peralihan tenaga dan keselamatan air di negara ini.
Malaysia sambut baik cadangan EU anjur persidangan keamanan antarabangsa mengenai konflik Palestin-Israel
Malaysia menyambut baik cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa mengenai konflik Palestin-Israel.