Keputusan untuk membenarkan maahad tahfiz beroperasi semula akan diumumkan tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Saya sudah kemukakan cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negera (MKN). Kita memahani denyut nadi maahad tahfiz kerana ada di antara mereka yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Satu perkara yang paling penting adalah prosedur operasi standard (SOP)... adakah mereka boleh mematuhi SOP seperti ditetapkan Kementerian Pendidikan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan negeri (kerajaan dan pihak berkuasa agama) kerana keputusan juga akan tertakluk kepada setiap negeri, seperti kebenaran bersolat berjemaah (di masjid dan surau)," katanya dalam satu sidang media di sini, pada Selasa.

Tambahnya kenyataan rasmi berhubung keputusan berkenaan akan dikeluarkan untuk diselaraskan di peringkat negeri tidak lama lagi.

Sektetariat Khas Pendemik COVID-19 Institut Tahfiz Negara pada 12 Jun memohon untk semua institusi dan maahad tahfiz dibenarkan kembali beroperasi pada 24 Jun ini selaras dengan pembukaan sesi persekolahan untuk kelas peperiksaan.