Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini

Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini
Calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama.
Menurut kenyataan itu, keputusan SPM calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula10.00 pagi, 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 20 Mac 2019. Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

"Seramai 421,706 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara," kata kenyataan tersebut, hari ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Tarikh Keputusan SPM 2018

A post shared by #KementerianPendidikanMalaysia (@kempendidikan) on





Tag: SPM, Kementerian Pendidikan, Keputusan Peperiksaan, 2018


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.