Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan satu langkah yang tepat, kata Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).
Penasihat PLM, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata setakat ini 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyatakan sokongan terhadap keputusan itu.
Selain PLM, antara yang menyokong keputusan KPM itu adalah Majlis Perundingan Melayu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, katanya yang merupakan jurucakap NGO itu dalam kenyataan hari ini.
Keputusan KPM untuk tidak memperkenalkan semula PPSMI dinyatakan Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Awang Sariyan yang juga Penyandang Kursi Za'ba Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata semua kajian menunjukkan bahawa PPSMI tidak berjaya mencapai hasrat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Beliau berkata di sebalik perbelanjaan besar melebihi RM5 bilion, pencapaian PPSMI hanya sekitar tiga peratus dan menyebabkan kemerosotan yang nyata bagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
"Rata-rata kajian menunjukkan lebih 70 peratus pelajar dan guru tidak menganggap PPSMI sebagai program tepat bagi hasrat peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pencapaian pelajar negara dalam ujian antarabangsa yang berkaitan dengan Sains dan Matematik seperti PISA (Program Penilaian Pelajar Antarabangsa) dan TIMMS (Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa) merosot dengan ketara sesudah pelaksanaan PPSMI.
"Kesan buruk PPSMI terlihat juga dalam kemerosotan minat pelajar untuk memilih aliran sains sehingga hanya kira-kira 25 peratus sahaja jumlahnya dan masalah itu menimbulkan kesan kepada jumlah pelajar sains dan teknologi di IPT yang juga merosot," katanya.
BACA: PPSMI tidak akan diperkenalkan semula - Radzi Jidin
Demikian juga Program Dwibahasa (DLP) perlu dinilai semula pelaksanaannya kerana mewujudkan polarisasi dalam kalangan pelajar, iaitu sejumlah pelajar mengikuti Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan sekelompok lagi dalam bahasa Melayu, katanya.
Awang Sariyan berkata penggantian PPSMI dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah mula memperlihatkan kesan positif dan tiada keperluan PPSMI untuk dilaksanakan semula.
Selain itu, katanya, pakar bahasa dan pendidikan telah menawarkan penyelesaian dengan meningkatkan penambahbaikan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri, yang meliputi bidang kurikulum, latihan guru, pedagogi atau kaedah pengajaran dan bahan ajar.
Awang Sariyan yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka berkata, institusi bahasa itu telah menubuhkan pasukan diketuai tokoh pendidikan, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron untuk mengemukakan langkah praktis dalam peningkatan pengajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam, untuk dimanfaatkan KPM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
AWANG SARIYAN: Kajian menunjukkan lebih 70 peratus pelajar dan guru tidak menganggap PPSMI sebagai program tepat bagi hasrat peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. - Gambar fail
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu
Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa
Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan
Awang berpendapat pelaksanaan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun masih belum memuaskan.
Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.
Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan.
Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.
Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Bahasa Melayu turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.
Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.
Sasterawan Atondra meninggal dunia
Antondra merupakan antara individu yang terlibat dalam pembentukan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada 14 Disember 1971 bersama Datuk Abdul Samad Maharudin.
Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia
Penasihat PLM, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata setakat ini 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyatakan sokongan terhadap keputusan itu.