Kerabat raja, individu dilarang guna jata, alamat istana rasmi Sultan Mizan

Kerabat raja, individu dilarang guna jata, alamat istana rasmi Sultan Mizan
Sultan Mizan memandang berat terhadap penggunaan lambang serta nama istana rasmi baginda, sebagai alamat oleh orang perseorangan. - Gambar BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerabat-kerabat raja atau mana-mana individu tidak layak menggunakan Jata Peribadi (Lambang) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta penggunaan nama Istana Syarqiyyah sebagai alamat orang perseorangan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, Sultan Mizan memandang berat terhadap penggunaan lambang serta nama istana rasmi baginda, sebagai alamat oleh orang perseorangan.
"Jata Peribadi Tuanku adalah dikhaskan penggunaan Tuanku sahaja. Mana-mana individu atau kerabat-kerabat raja tidak layak dan tidak berhak menggunakannya.

"Penggunaan nama istana rasmi sebagai alamat oleh orang perseorangan sepatutnya tidak berlaku dan Tuanku juga amat memandang berat perkara ini.

"Mana-mana individu juga adalah tidak layak dan tidak berhak untuk menggunakan nama istana rasmi Baginda sebagai alamat," kata beliau dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Tag: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Jata Peribadi


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.