Kerajaan akan berunding dengan syarikat utiliti dalam masa terdekat ini, bagi membantu meringankan kos operasi pusat asuhan kanak-kanak yang dilihat agak tinggi, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan.
Beliau berkata usaha itu wajar memandangkan bil utiliti yang tinggi menjadi faktor utama wujudnya banyak pusat asuhan tidak berdaftar kerana pengusaha tidak mampu menanggung caj komersial yang dikenakan ke atas mereka jika berdaftar.
"Pusat asuhan ini tidak boleh mengenakan caj yang tinggi kepada ibu bapa jadi mereka terpaksa menanggung kos operasi yang membebankan. Hal ini juga akan mendorong mereka mengabaikan prosedur operasi standard dan garis panduan pusat asuhan yang telah ditetapkan.
"Oleh itu, kementerian sedang bekerjasama dengan Majlis Pengasuhan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) dan persatuan pengasuh untuk mendaftarkan pusat-pusat asuhan yang masih belum berdaftar dan cari jalan untuk bantu mereka kurangkan kos-kos operasi," katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Festival Kanak-kanak 2018 oleh Management and Science University (MSU) dan Minggu Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, di sini hari ini.
Tambah Yeoh, kementeriannya juga sedang membentuk satu ujian saringan untuk dilaksanakan ke atas mana-mana individu yang mahu menceburkan diri dalam industri pendidikan dan asuhan awal kanak-kanak.
Beliau berkata usaha itu bukan bertujuan 'mengacau' periuk nasi bakal pengasuh, namun ujian itu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa berada pada tahap tertinggi jika dihantar ke pusat asuhan.
"Sebelum mana-mana individu mahu menjadi pengasuh, mereka perlu lulus ujian saringan ini. Ia untuk memastikan pengasuh tidak mempunyai sebarang rekod lampau sama ada sebagai pesalah seksual mahupun kes penderaan.
"Kita akan bekerjasama rapat dengan polis, mahkamah dan Jabatan Penjara bagi mendapatkan maklumat bakal pengasuh dalam ujian saringan itu kelak. Usaha ini untuk menjadikan Malaysia lebih selamat kepada kanak-kanak," katanya.
Dalam pada itu, Yeoh berkata lebih 20,000 kes penderaan kanak-kanak direkodkan dalam tempoh lima tahun lepas dan statistik itu menunjukkan pelakunya membabitkan penjaga, anggota keluarga serta individu yang dikenali kanak-kanak itu secara rapat.
Katanya, jumlah itu harus dibendung kerana kebarangkalian kanak-kanak itu melakukan perbuatan sama semasa dewasa akibat trauma adalah tinggi.
Disebabkan itu, katanya, semua pihak harus bekerjasama memberikan terapi dan pemulihan sekiranya mengetahui ada kanak-kanak pernah didera supaya mereka faham bahawa perbuatan penderaan itu salah dan tidak mengulanginya pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 27 2018
Pusat asuhan ini tidak boleh mengenakan caj yang tinggi kepada ibu bapa jadi mereka terpaksa menanggung kos operasi yang membebankan. - Gambar fail
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
KBS komited pembinaan fasiliti Sukma 2028 di Kelantan siap ikut jadual
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan siap mengikut jadual.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
Kedudukan Hans Isaac ditentukan lembaga pengarah PSM - Hannah
Hannah berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.