Keraajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru mengenai salah laku hakim-hakim kanan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau tahu mengenai dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang telah membuat pendedahan yang mengejutkan.
"Ya, saya tahu beliau telah membangkitkan sesuatu. Tetapi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara ini, kerana sebagaimana yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi.
"Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja)," kata beliau ketika ditanya sama ada kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya itu.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia di sini.
Hakim Hamid, dalam afidavitnya setebal 63 muka surat semalam sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan, antara lain, butiran yang mengejutkan mengenai beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia, termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Al Bukhary hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Zafrul dapatkan nasihat undang-undang mohon fail afidavit, betulkan kesilapan fakta
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavitnya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta.
Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.
Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, sebulat suara menolak permohonan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman berkaitan keterangan tambahan semasa rayuan itu.
Sultanah Nur Zahirah tak setuju kenyataan fitnah tidak merujuk kepada baginda
Rewcastle-Brown berpegang pada afidavit John Ellision Kahn yang disahkan pada 24 Jun tahun ini, dengan menyatakan bahawa kenyataan yang diadu dirujuk kepada Sultan dan bukan permaisuri Sultan.
'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'
Keluarga Muhammad Adib sebaliknya hanya mahu Peguam Negara itu tampil memohon maaf.
Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.
'Saya tak pernah lari daripada bayar cukai'
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.
Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M
Terpulanglah kepada suruhanjaya siasatan diraja itu kelak untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini.
Campur tangan kehakiman: Tubuh RCI patut mula semalam - Peguam
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata RCI itu perlu ditubuhkan melalui satu jawatankuasa khas dan sepatutnya ia ditubuhkan semalam, iaitu 19 Februari 2019.