Kerajaan akan pertimbang naikkan gaji polis

Kerajaan akan pertimbang naikkan gaji polis
Abdul Hamid berkata bahawa gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia mempertimbangkan permintaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji polis berpangkat rendah dinaikkan.

Selesai sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil. 3/2019 di Bangunan Perdana Putra pada Selasa, Dr Mahathir menjawab pendek apabila ditanya wartawan tentang perkara itu.
“Kita fikirlah,” jawabnya sebelum berlalu pergi bersama barisan ahli majlis lain.

Pada Isnin, Abdul Hamid berkata bahawa gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan.

Beliau berpendapat bahawa sekiranya golongan anggota berpangkat Sarjan dan ke bawah mendapat ganjaran setimpal dengan tugas, kecenderungan mereka untuk terlibat dalam jenayah untuk meraih wang lebih seperti rasuah dapat dikurangkan.

Ketika ini, mereka yang berpangkat rendah menerima gaji yang kecil untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat khususnya yang bertugas di bandar besar.

Tag: Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, polis, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, gaji, integriti


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.