Di tengah-tengah ancaman terbaharu oleh pengganas di seluruh dunia, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk melindungi mereka.
Perdana Menteri berkata beberapa undang-undang telah diperkenalkan untuk tujuan ini berikutan permintaan daripada pasukan keselamatan.
"Undang-undang ini adalah perlu, dan negara-negara lain sejak itu telah mengikut jejak langkah kita," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menyenaraikan undang-undang tersebut sebagai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara.
Najib menegaskan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara, khususnya, telah sengaja disalah tafsir.
"Ia tidak sama seperti pengisytiharan darurat di seluruh negara – bahawa kuasa kekal di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – dan Parlimen masih bersidang dengan mengawasi mana-mana kawasan keselamatan yang diisytiharkan," kata Najib.
Beliau berkata kerajaan telah dikritik kerana meluluskan undang-undang tersebut termasuk oleh segelintir pihak yang khuatir mereka diburuk-burukkan atas sebab-sebab politik.
"Kerajaan saya tidak akan meminta maaf kerana lebih mendahulukan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata perlakuan keganasan di seluruh dunia menunjukkan bahawa ancaman itu adalah nyata dan menular, dan hampir tiada hari yang berlalu tanpa insiden keganasan.
"Kita tidak terkecuali di Malaysia kerana serangan pertama oleh militan Daish ke atas kita bulan lepas menunjukkan ancaman itu wujud," kata beliau sambil merujuk kepada insiden pengeboman di kelab malam Movida di Puchong pada 28 Jun yang mencederakan lapan orang.
Perdana Menteri berkata kumpulan militan Daish dan ideologinya yang kejam dan menyeleweng tidak mempunyai tempat dalam Islam mahupun di Malaysia yang rakyatnya hidup dalam suasana aman, terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan bersikap toleransi.
"Sekarang adalah masanya untuk kita bersatu-padu dan memainkan peranan yang lebih besar bersama masyarakat dunia dalam perjuangan memerangi keganasan," kata Najib.
Bernama
Wed Jul 27 2016
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat Malaysia. - Gambar hiasan
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
PRN: Dakwaan Sanusi diancam, Polis Kedah panggil Ahli Parlimen bantu siasatan
Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sanusi mungkin 'terperangkap' dalam kesesakan - Ayob Khan
Istilah perangkap yang digunakan mungkin merujuk kepada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Pertukaran 332 pegawai perubatan dilulus - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.
Kastam Kelantan rekod kutip hasil hampir RM100 juta setakat Julai - Ahmad
Kastam Kelantan kutip hasil RM99,376,235.41 sejak Januari hingga 22 Julai tahun ini menghampiri sasaran tahun ini iaitu sebanyak RM207.19 juta.